- - CARLING CUP 2020-2021 FOURTH ROUND STAGE TOTTENHAM HOTSPURS FC - CHELSEA FC TUESDAY, 29 SEPTEMBER 2020 @ 19 : 45 TOTTENHAM HOTSPURS STADIUM, NORTH LONDON, UNITED KINGDOM
Reaksi Kapten dan pertahanan Chelsea, Thiago Silva yang melakukan kesilapan untuk gol kedua West Bromwich Albion, awal pagi tadi. - Foto AFP LONDON: Pengurus Chelsea, Frank Lampard mahu barisan pemainnya mengambil iktibar di atas kesilapan yang dilakukan mereka sebelum Tammy Abraham menjaringkan gol pada lewat perlawanan bagi mengikat West Bromwich Albion 3-3 dalam saingan Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi. Aksi longlai anak buah Lampard pada babak pertama perlawanan menyaksikan mereka ketinggalan 0-3 menerusi dua gol yang dijaringkan Callum Robinson dan Kyle Bartley. Kapten Chelsea, Thiago Silva seharusnya bertanggungjawab di atas kesilapan yang dilakukan pada penampilan pertamanya selepas tonggak pertahanan Paris Saint-Germain itu memberikan bola kepada Robinson untuk menjaringkan gol keduanya. Bagaimanapun, Mason Mount mencetuskan kebangkitan The Blues pada babak kedua perlawanan apabila meledak gol pada minit ke-55 sebelum Callum Hudson-Odoi menjaringkan gol kedua minit k...