LONDON: Pemain muda Chelsea, Callum Hudson-Odoi berkata dia seperti ‘sedang bermimpi’ apabila meledak gol pertamanya bersama kelab itu ketika kemenangan besar 4-0, ke atas PAOK dalam kancah Liga Europa, pagi tadi. Bertemu PAOK, pemain sayap remaja England itu diletakkan dalam kesebelasan utama Chelsea buat pertama kali oleh pengurus, Maurizio Sarri. Kepercayaan itu dibayar dengan gol, selain umpanan yang menyaksikan kelab Inggeris itu meraih kemenangan kelima berturut-turut dalam Kumpulan L. Chelsea membuka tirai jaringan pada minit ke-27 menerusi Olivier Giroud, 20 minit selepas PAOK beraksi 10 pemain, susulan layangan kad merah kepada pemainnya, Yevhen Khacheridi. Giroud yang juga pemain Perancis menjaringkan gol kedua peribadinya pada minit ke-37, diikuti jaringan Hudson-Odoi pada minit ke-70, sebelum dia melakukan umpanan untuk jaringan Alvaro Morata pada minit ke-78. “Saya hampir tidak mempercayainya,” kata pemain skuad remaja England berusia 18 tahun itu. “Saya d...