Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2018

Chelsea hadapi masalah besar selepas Giroud cedera

PEMAIN Chelsea, Olivier Giroud diasak pemain Crystal Palace, James Tomkins pada aksi Liga Perdana Inggeris di Selhurst Park, semalam. - Foto Reuters LONDON: Maurizio Sarri berkata, Chelsea kini berdepan masalah besar akibat kemelut kecederaan berpanjangan selepas Olivier Giroud turut mengalami kecederaan buku lali ketika mengatasi Crystal Palace 1-0, semalam. Giroud meninggalkan padang pada minit ke-76 selepas diterjah James Tomkins sewaktu menyumbat gol dalam kedudukan ofsaid yang dibatalkan pengadil. Bagaimanapun, Chelsea bernasib baik apabila berupaya mempertahankan jaringan minit ke-51 N’Golo Kante untuk menjarakkan diri lima mata ke atas pasukan tangga kelima Arsenal. Sari turut terpaksa mengetepikan khidmat Ruben Loftus-Cheek, Cesc Fabregas, Pedro dan Callum Hudson-Odoi untuk perlawanan semalam ekoran masalah kecederaan, dan kini mungkin perlu melupakan Giroud untuk beberapa minggu ketika jadual padat menanti Chelsea Januari nanti...

Kepa Arrizabalaga: “Crystal Palace Memiliki Penyerang Yang Hebat, Mereka Mampu Musnahkan Chelsea”

Selepas 19 perlawanan, Chelsea kini berada dikedudukan ke-4 saingan Liga Perdana Inggeris (EPL). Menerusi himpunan 40 mata – 4 mata dibawah Manchester City (44 mata) dan 2 mata dihadapan Arsenal (38 mata) yang berada ditangga ke-5. Bagi perlawanan seterusnya, Chelsea bakal berkunjung ke Selhurst Park untuk bertemu Crystal Palace. The Eagles y ang masih segar dengan kemenangan mengejutkan Manchester City 3-2 pada minggu lalu, pasti bakal memberi cabaran gentir buat anak buah Maurizio Sarri. Perlawanan penentu Bagi penjaga gol Chelsea, Kepa Arrizabalaga, beliau mengakui kelabnya akan melalui perlawanan dengan Crystal Palace yang menjadi penentu hala tuju mereka musim ini. Kepa mengaku yang pasukannya akan berdepan tugas sukar bertemu Palace dalam usaha mereka untuk mengekalkan kedudukan kelompok empat pasukan terbaik Liga Perdana. Chelsea and Crystal Palace players and match officials during a minute’s silence in memory of the victims of the Leicester ...

Maurizio Sarri Mahu Ross Barkley Perbaiki Pergerakan Tanpa Bola Seperti Dilakukan N’Golo Kante

Walaupun berpuas hati dengan aksi ditampilkan pemain tengah, Ross Barkley pada perlawanan menentang Crystal Palace malam semalam, Maurizio Sarri mahu pemain antarabangsa England itu memperbaiki pergerakan tanpa bola yang mungkin dapat menghasilkan jaringan. Sarri merujuk   kepada jaringan yang dihasilkan N’Golo Kante apabila beliau bijak melakukan gerakan tanpa bola yang berjaya dihidu David Luiz, lalu menghasilkan jaringan tunggal buat Chelsea bagi menewaskan Crystal Palace di Selhurst Park. ”Saya merasakan itu merupakan gerakan yang sangat baik dan dengan masa yang tepat. Dia (N’Golo Kante) semakin bertambah baik dalam pergerakan sedemikian.” ”Apabila pasukan lawan bertahan dengan intensiti yang sangat rendah, ia amat sukar buat penyerang dan pemain sayap untuk mempunyai ruang, jadi kami perlu mendatangkan seorang pemain tengah.” LONDON, ENGLAND – DECEMBER 30: Roy Hodgson, Manager of Crystal Palace shakes hands with Maurizio Sarri, Manager of Chelsea prio...

Crystal Palace vs Chelsea 0-1 Ηіghlіghts & Goals 2018

N’Golo Kante: Pergerakan Itu Sering Dilakukan Dalam Latihan, Gol Tersebut Bukan Kerana Nasib

N’Golo Kante menjadi wira The Blues dengan meledak gol tunggal perlawanan ketika menewaskan Crystal Palace 1-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Selhurst Park, malam kelmarin. Sejak kedatangan Maurizio Sarri, prestasi Kante semakin meningkat naik dan untuk musim ini, beliau telah berjaya menjaringkan tiga gol dan melakukan dua bantuan gol dalam 20 perlawanan EPL. Pemain tengah Perancis itu tidak lagi bermain di bahagian tengah bertahan buat pasukan. Sebaliknya beliau sering diletakkan di bahagian atas untuk membantu mencipta serangan pasukan. Antara sebabnya adalah dengan adanya Jorginho. Sarri lebih gemar memilih Jorginho untuk berada di posisi bertahan sebagai memberi peranan   deep lying playmaker   untuk pasukan. Bukan nasib tetapi ‘latihan’ Dalam perlawanan tersebut, Kante berjaya meluru ke dalam kotak penalti pihak lawan lalu m enyempurnakan umpanan cantik dari David Luiz dengan meledak gol dari jarak dekat menewaskan penjaga...

Giliran Giroud pula cedera

LONDON: Maurizio Sarri berkata, Chelsea kini berdepan masalah besar akibat kemelut kecederaan berpanjangan selepas Olivier Giroud turut mengalami kecederaan buku lali ketika mengatasi Crystal Palace 1-0, semalam. Giroud meninggalkan padang pada minit ke-76 selepas diterjah James Tomkins sewaktu menyumbat gol dalam kedudukan ofsaid yang dibatalkan pengadil. Bagaimanapun, Chelsea bernasib baik apabila berupaya mempertahankan jaringan minit ke-51 N’Golo Kante untuk menjarakkan diri lima mata ke atas pasukan tangga kelima Arsenal. Sari turut terpaksa mengetepikan khidmat Ruben Loftus-Cheek, Cesc Fabregas, Pedro dan Callum Hudson-Odoi untuk perlawanan semalam ekoran masalah kecederaan, dan kini mungkin perlu melupakan Giroud untuk beberapa minggu ketika jadual padat menanti Chelsea Januari nanti. “Buku lalinya mengalami masalah,” kata bos Chelsea itu murujuk kepada Giroud. “Saya tidak tahu sejauh mana tahap kecederaannya. Kami perlu menunggu sehingga Isnin (hari ini). “Sa...

Maurizio Sarri Beri Bayangan Lebih Gemar Letakkan Eden Hazard Di Bahagian Serangan

Pengurus Chelsea, Maurizio Sarri memberikan bayangan bahawa beliau kini lebih gemar meletakkan Eden Hazard di bahagian serangan bagi memainkan peranan sebagai ‘false nine’ berbanding daripada membariskan Alvaro Morata. Morata kelihatan semakin disisihkan Sarri selepas sudah empat perlawanan tidak langsung berada dalam senarai pemain. Malah, Sarri dilihat lebih memilih untuk meletakkan Olivier Giroud sebagai pemain simpanan. Pemain kelahiran Sepanyol itu dijangka turut terlepas aksi bertemu Crystal Palace di Selhurst Park, malam ini. Lebih menggembirakan Sarri adalah keupayaan Eden Hazard menjaringkan tiga gol daripada empat penampilan sebagai penyerang dan menampakkan beliau sudah serasi dengan peranan tersebut. ”Kami perlu seimbang di dalam padang dan menjadi lebih kukuh,” kata pengendali kelahiran Itali itu. WATFORD, ENGLAND – DECEMBER 26: Eden Hazard of Chelsea is brought down by Domingos Quina of Watford during the Premier League match between Watford FC and Che...

Kante bantu Chelsea atasi Palace

PEMAIN tengah Chelsea, N'Golo Kante (kiri) ledak gol tunggal perlawanan ketika menewaskan Crystal Palace pada aksi Liga Perdana Inggeris di Selhurst Park. - Foto REUTERS LONDON: Chelsea terus berada di landasan terbaik untuk memburu tempat dalam kelompok tiga teratas Liga Perdana Inggeris apabila menang 1-0 ke atas seteru London, Crystal Palace di tempat lawan sebentar tadi, hasil jaringan N’Golo Kante di awal babak kedua. Chelsea terpaksa bekerja keras untuk menembusi benteng Palace yang dalam tiga perlawanan terakhir mereka mengumpul tujuh mata, termasuk kemenangan mengejut ke atas juara bertahan Manchester City. EDEN Hazard (kiri) memeluk N'Golo Kante selepas meledak gol ketika menentang Crystal Palace di Selhurst Park, sebentar tadi. - Foto REUTERS Selepas 35 minit pertama yang hambar, Willian menggegar tiang dengan sepakan percuma dan Ross Barkley turut menyaksikan percubaan akrobatiknya gagal menemui sasaran. Kante bagaimanapun...

Full-time: Crystal Palace 0-1 Chelsea! 🙌

Full-time: Crystal Palace 0-1 Chelsea! @nglkante 's brilliant finish ensures the Blues end 2018 with a win! #CRYCHE

Selesaikan segera isu Hazard – Sarri

MAURIZIO SARRI mahu menyelesaikan segera berhubung isu penyambungan kontrak tonggak Chelsea, Eden Hazard (kanan) bagi memudahkan perancangan masa depan dibuat. REUTERS LONDON 28 Dis. - Pengendali Chelsea, Maurizio Sarri menggesa ahli lembaga kelab itu untuk mengakhiri teka-teki tentang masa depan Eden Hazard sekali gus menamatkan spekulasi bintang Belgium tersebut akan meninggalkan Stamford Brigde pada penghujung musim. Hazard yang masih mempunyai baki kontrak setahun enam bulan iaitu sehingga 2020 bersama Chelsea berkata sebelum ini, dia tidak akan membuat sebarang keputusan tentang masa depannya sehingga berakhir musim ini. Tindakan Hazard melengah-lengahkan masa untuk me­nandatangani perjanjian ba­haru bersama Blues telah meng­hangatkan lagi spekulasi dikaitkan bakal menyertai Real Madrid. “Saya tidak tahu, saya hanya bercakap tentang kedudukannya di atas padang, tetapi saya fikir sudah tiba masanya untuk membuat keputusan. Saya fikir kita perlu menyelesaikan masal...

Chelsea lega Kante ledak gol

LONDON: Chelsea terus berada di landasan terbaik untuk memburu tempat dalam kelompok tiga teratas Liga Perdana Inggeris apabila menang 1-0 ke atas seteru London, Crystal Palace di tempat lawan sebentar tadi, hasil jaringan N’Golo Kante di awal babak kedua. Chelsea terpaksa bekerja keras untuk menembusi benteng Palace yang dalam tiga perlawanan terakhir mereka mengumpul tujuh mata, termasuk kemenangan mengejut ke atas juara bertahan Manchester City. Selepas 35 minit pertama yang hambar, Willian menggegar tiang dengan sepakan percuma dan Ross Barkley turut menyaksikan percubaan akrobatiknya gagal menemui sasaran. Kante bagaimanapun memecah kebuntuan pada minit ke-51 apabila meluru ke dalam kotak penalti Palace dan David Luiz pantas mengumpan bola kepada juara Piala Dunia bersama Perancis itu untuk meledak gol dari jarak dekat. Pemain gantian Palace Conor Wickham mensia-siakan peluang keemasan tuan rumah untuk menyamakan kedudukan dengan tendangan yang melepasi palang di ...

Hazard kekal posisi untuk aksi menentang Crystal Palace

Eden Hazard. - Foto EPA LONDON: Eden Hazard dilihat bakal meneruskan peranannya di posisi nombor sembilan meskipun mengakui lebih selesa beraksi di bahagian sayap menjelang kunjungan Chelsea ke Crystal Palace dalam saingan Liga Perdana Inggeris esok. Bercakap mengenai perubahan posisi itu, pengurus Mourizio Sarri berkata: "Saya tidak melihat sebarang masalah untuk Hazard berada dalam posisi itu. Dia bermain empat perlawanan selaku nombor sembilan yang salah (posisi) tetapi dia menjaringkan tiga gol dan mencipta membantu dua jaringan. "Sudah tentu saya sangat gembira dengan posisinya ketika ini kerana dia mampu melakukan penyudah selain membuka ruang buat rakan sepasukan. "Jadi pada masa ini, saya sangat gembira dengan posisinya tetapi pada masa akan datang, sudah tentu dia boleh bermain di bahagian sayap." Sarri juga diajukan soalan mengenai masa depan Hazard di kelab dan mengakui mahu atau tidak, beliau harus berbincang dengan p...

Tunggu hujung musim: Hazard

EDEN Hazard - Foto Reuters LONDON: Bintang Chelsea, Eden Hazard berkata dia akan membuat keputusan mengenai masa depannya selepas musim ini berakhir di sebalik minat mendalam yang ditunjukkan Real Madrid. Kontrak Hazard di Stamford Bridge berakhir pada 2020 tetapi perpindahan mengiurkan untuk menyertai gergasi Sepanyol, Real yang juga penyandang trofi Liga Juara-Juara berterusan menjadi berita utama. Pemain sayap Belgium itu baru-baru ini mengakui ingin bergelar ‘legenda’ di Chelsea menyertai jejak langkah John Terry, Didier Drogba dan Frank Lampard tetapi dia kemudian menjelaskan masih belum berfikir mengenai masa depannya sama ada kekal atau berpindah. “Saya hanya memberi tumpuan yang penuh di atas padang,” kata pemain berusia 27 tahun itu. “Saya akan melihatnya kembali selepas musim ini menutup tirainya.” Hazard sudah meledak 101 gol bersama Chelsea sejak tiba dari Lille pada 2012 dan pada musim ini, dia sudah menjaringkan 10 dalam kempen L...

Hazard kekal posisi penyerang

LONDON: Eden Hazard dilihat bakal meneruskan peranannya di posisi nombor sembilan meskipun mengakui lebih selesa beraksi di bahagian sayap menjelang kunjungan Chelsea ke Crystal Palace dalam saingan Liga Perdana Inggeris esok. Bercakap mengenai perubahan posisi itu, pengurus Mourizio Sarri berkata: “Saya tidak melihat sebarang masalah untuk Hazard berada dalam posisi itu. Dia bermain empat perlawanan selaku nombor sembilan yang salah (posisi) tetapi dia menjaringkan tiga gol dan mencipta membantu dua jaringan. “Sudah tentu saya sangat gembira dengan posisinya ketika ini kerana dia mampu melakukan penyudah selain membuka ruang buat rakan sepasukan. “Jadi pada masa ini, saya sangat gembira dengan posisinya tetapi pada masa akan datang, sudah tentu dia boleh bermain di bahagian sayap.” Sarri juga diajukan soalan mengenai masa depan Hazard di kelab dan mengakui mahu atau tidak, beliau harus berbincang dengan pemain itu. “Saya tidak tahu tetapi saya fikir biar masa menentukan...

Gonzalo Higuain 2018/2019 • Chelsea FC Target - Amazing Goal Show | HD

Sarri Mahu Hazard Selesaikan Isu Masa Depan Beliau Dengan Secepatnya

Pengurus Chelsea, Maurizio Sarri berkata beliau kini berada dalam keadaan bersedia untuk menerima sebarang kemungkinan mengenai masa depan pemain utama beliau – Eden Hazard. Hazard dikatakan belum lagi menentukan hala tuju beliau sama ada mahu kekal di Stamford Bridge atau pun tidak. Hal ini kerana, pemain kebangsaan Belgium itu dikatakan masih lagi mengharapkan tawaran dari Real Madrid sekiranya kelab Sepanyol itu hadir melamar beliau. Bercakap dalam satu sidang media, Sarri mengatakan yang hal mengenai Hazard ini merupakan satu permasalahan yang perlu diselesaikan. Dan kini telah tiba masa untuk menyelesaikan perkara tersebut. “Pada saya, sudah tiba masa untuk hal ini diselesaikan.” “Kerana pada hemat saya, sekiranya hal ini tidak diselesaikan sekarang dan dibiarkan berlarutan pada masa depan maka ianya akan mengundang masalah pada waktu itu.” Dalam masa yang sama, Sarri turut berpuas hati dengan persembahan Hazard selepas beliau meletakkan pemai...