KEPA ARRIZABALAGA digugurkan ketika aksi menentang Tottenham dalam saingan Liga Perdana Inggeris. LONDON 1 Mac - Willy Caballero menegaskan bahawa Chelsea berada dalam keadaan yang jauh lebih baik terutama selepas insiden melibatkan Kepa Arrizabalaga. Caballero merupakan penjaga gawang The Blues ketika menang 2-0 ke atas Tottenham dengan Arrizabalaga digugurkan selepas enggan dikeluarkan semasa tewas kepada Manchester City dalam aksi final Piala EFL. Maurizio Sarri memberikan mesej jelas kepada pemain bahawa Chelsea adalah satu pasukan bukan sekadar sekumpulan individu. Caballero mendedahkan bahawa suasana di dalam kelab menjadi semakin positif dan insiden sebelum ini menjadi titik perubahan kepada pasukan itu. “Kami semua perlu terima hakikat ini. Semua yang terlibat mempelajari sesuatu yang sangat penting daripada insiden itu. “Ia memberikan suasana yang baik kepada pasukan dan ini adalah berita baik. “Beberapa hari lalu semua berjalan dengan baik, kami berb...