Tiemoue Bakayoko. - Foto AFP MONACO: Tiemoue Bakayoko kembali menyertai Monaco secara pinjaman daripada Chelsea selepas menempuh dua musim yang sukar sejak meninggalkan kelab berkenaan pada tahun 2017. Monaco - sebuah pasukan yang bergelut sejak awal musim lalu - mempunyai pilihan untuk membeli pemain itu dalam perjanjian berkenaan. "Saya sangat gembira untuk kembali ke AS Monaco, sebuah kelab yang pernah saya sertai, sudah tentu mempunyai memori menarik," kata pemain tengah Perancis itu. Bakayoko mula mencipta nama di peringkat global di Monaco - yang menyaksikan musim 2016-2017, dia menjadi watak penting dalam barisan Leonardo Jardim untuk memenangi gelaran Ligue 1 dan mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara bersama Fabinho (kini di Liverpool) dan Bernardo Silva (Manchester City) di bahagian tengah. Selepas itu, dia dijual ke Chelsea namun gagal menunjukkan prestasi diharapkan di England sebelum dipinjamkan ke AC Milan, setahun selepas berada di London. Bag...