ABRAHAM SERTAI ENGLAND? Telegraph melaporkan Tammy Abraham sedia menerima panggilan skuad England jika dipilih untuk Kelayakan EURO 2020, Oktober ini. Masa depan antarabangsa beliau belum dimuktamadkan lagi dengan beliau juga layak mewakili Nigeria. Andai beliau menerima panggilan England kali ini, bermaksud beliau sah akan bermain untuk England sepanjang kariernya kerana ia adalah perlawanan kelayakan kejohanan. Gareth Southgate akan mengumumkan skuadnya pada Khamis. TERKINI: Berita pasukan senior Malaysia - Sekurang-kurangnya pemain alami kecederaan (Shahrul Saad, Azam Azih, Danial Amier, J. Partiban, Halim Saari) - Azzizan Nordin dipanggil untuk menampung kecederaan ketika ini. #SemuanyaBOLA