Tindakan Barcelona menangguhankan perpindahan pemain tengah, Philippe Coutinho untuk beliau sekurang-kurangnya kekal di Camp Nou bagi tempoh semusim lagi, sudah pastinya tidak lama lagi akan menguntungkan bekas pasukannya, Liverpool. Menurut laporan media Sepanyol, Marca , terdapat klausa di dalam perjanjian ketika Barcelona menandatanganinya yang menyatakan, Barcelona perlu membayar tambahan £17 juta, sekiranya Philippe Coutinho telah mencapai 100 penampilan. Sebelum dipinjamkan ke Bayern Munich, pemain berusia 27 tahun itu telah membuat 76 penampilan bersama Barca dan masih berbaki 24 penampilan untuk mengaktifkan klausa tersebut. Adakah Barcelona akan membenarkan ianya berlaku? Dengan Quique Setien telah menggantikan Ernesto Valverde sebagai pengurus pasukan, kemungkinan pemain kelahiran Brazil itu untuk mendapat tempat semula kembali meningkat disamping Barcelona perlu memberinya minit permainan. Jika Barcelona membekukannya tanpa memberi sebarang...