Skip to main content

Posts

Sarri tunggu Conte dipecat

HARAPAN Maurizio Sarri untuk melengkapkan impiannya berhijrah ke Chelsea kini dilihat kian hampir. Bekas pengendali Napoli itu kini menjadi calon utama bagi menggantikan Antonio Conte selaku ketua jurulatih di Chelsea sekiranya pengendali berusia 48 tahun itu dipecat. Selepas mengupah perantara yang memiliki hubungan rapat bersama Chelsea, Sarri cuba untuk mendesak Chelsea membuat keputusan dan terdesak bagi mendapatkan jawatan itu. Dia percaya dirinya kian hampir ditawarkan kontrak dua tahun dan pilihan untuk tambahan 12 bulan sejurus Chelsea membuat keputusan mengenai masa depan Conte. Meskipun berjaya membawa The Blues memenangi Piala FA minggu lalu, masa depan Conte semakin samar dan perlu menunggu keputusan pengurusan terlebih dulu. Carlo Ancelotti sudah menggantikan Sarri di Napoli dan pasukan Serie A itu dikatakan bersedia untuk ‘melupuskan’ klausa pelepasan Sarri berjumlah 7 juta pound (RM37 juta) jika David Luiz menyertai pasukan terbabit. Sumber terde...