Skip to main content

Posts

Benzema Kutuk Giroud: "Jangan Samakan Go-Kart Dengan F1"

Dalam Instagram Live semalam, Karim Benzema berkata beliau adalah ‘kereta F1’ dan mengutuk Olivier Giroud adalah ‘go-kart’. “Anda tak boleh samakan kereta F1 dengan go-kart. Itu sebenarnya dah habis puji dah itu,” kata penyerang Real Madrid tersebut. Benzema kali terakhir bermain Untuk Perancis pada tahun 2015. Giroud pula beraksi dalam kesebelasan utama perlawanan terakhir Perancis ketika menentang Albania dalam kelayakan UEFA EURO 2020 pada 17 November 2019. Perancis menang 2-0 dalam perlawanan tersebut. Penyerang Chelsea itu juga beraksi dalam semua perlawanan Piala Dunia 2018 yang menyaksikan Perancis bergelar juara. Beliau juga merupakan penjaring ketiga terbanyak Perancis sepanjang zaman di belakang Michel Platini dan Thierry Henry. Beliau sudah menjaringkan 39 gol dalam 97 penampilan antarabangsa bersama Les Bleus. Bagaimanapun di sebalik pencapaian Giroud itu, Benzema berkata beliau tidak boleh dibandingkan dengan Giroud kerana beliau pemain yang lebih bag...