Skip to main content

Brighton mangsa belasahan Chelsea

LONDON 20 Jan. – Selepas mengharungi lima perlawanan yang tidak menentu, Chelsea akhirnya menunjukkan karakter sebenar apabila membelasah Brighton 4-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris hari ini.
Dua jaringan Eden Hazard pada minit ketiga dan ke-77, selain gol daripada Willian (minit keenam) dan Victor Moses, seminit sebelum tamat perlawanan memastikan tiga mata berharga dikutip anak-anak buah Antonio Conte di Stadium Falmer.
Kemenangan itu membolehkan Blues memintas Liverpool untuk kembali ke tangga ketiga liga dengan 50 mata selepas 24 perlawanan, malah ia hadir ketika mereka memerlukan suntikan moral menjelang aksi separuh akhir Piala Liga menentang Arsenal, 25 Januari ini.
Pada Khamis lalu, Chelsea terpaksa memerlukan penentuan sepakan penalti untuk menyingkirkan Norwich City 5-3 dalam pusingan ketiga Piala FA selepas permainan waktu sebenar berkesudahan 1-1.
Juara Liga Perdana itu gagal mencatat kemenangan dalam empat perlawanan terdahulu apabila seri 0-0 dengan Leicester City (Liga Perdana, 13 Januari), diikat 0-0 oleh Arsenal (separuh akhir pertama Piala Liga, 11 Januari), seri tanpa jaringan dengan Norwich (pusingan ketiga Piala FA), selain seri 2-2 dengan Arsenal dalam aksi Liga Perdana pada 4 Januari.
Kemenangan tersebut dicatat tanpa dua tonggak utama, Pedro dan Alvaro Morata yang menjalani penggantungan. - AGENSIEDEN HAZARD meraikan jaringannya selepas membantu Chelsea membenam EDEN HAZARD meraikan jaringannya selepas membantu Chelsea membenam Brighton 4-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Brighton, hari ini. - AFP

Comments