LONDON 23 Jan. - Chelsea tidak akan bertahan
ketika menentang Arsenal dalam aksi separuh akhir Piala Liga pusingan kedua
pada Rabu ini, kata penyerang Eden Hazard.
Kedua-dua pasukan ketika ini meraih agregat 0-0
selepas Chelsea mendominasi pusingan pertama di Stamford Bridge namun gagal
meraih kemenangan.
Sementara Arsenal ketika ini dilihat lebih
banyak mempamerkan corak permainan menyerang apabila beraksi di laman sendiri
dan kini telah memperoleh sembilan gol daripada tiga perlawanan terakhir mereka
di Stadium Emirates.
Kata Hazard dia percaya Chelsea akan menggunakan
taktikal yang sewajarnya bagi meraih kemenangan dalam perlawanan menentang
Arsenal.
“Ia adalah perlawanan separuh akhir dan pastinya
kami mahu mendapatkan kemenangan.
“Jika kami fikir untuk bermain secara bertahan
menentang Arsenal maka ia akan menjadi perkara paling buruk buat kami kerana
pasukan harus mendapatkan jaringan.
“Kami harus mencari penyelesaian terbaik untuk
aksi menentang Arsenal. Kami akan ke tempat mereka dengan mencipta lebih banyak
peluang kerana jika kami tidak berusaha maka kami pasti berdepan masalah
menjaringkan gol,” kata Hazard. – REUTERS
EDEN Hazard meraikan jaringannya ketika aksi Chelsea
menentang Brighton pada 20 Januari lalu. - AFP

Comments
Post a Comment