LONDON: Selepas disingkirkan Arsenal dari Piala Liga musim ini,
pengurus Chelsea, Antonio Conte berkata, beliau tidak memiliki sebarang kesan
besar terhadap aktiviti perpindahan pemain kelab itu.
Chelsea ditundukkan 1-2 dalam perlawanan timbal balik kedua separuh
akhir walaupun mendahului tuan rumah di Stadium Emirates.
Keputusan itu menambahkan lagi waktu sukar buat kelab selatan
London itu yang kini gagal memenangi enam daripada tujuh perlawanan terakhir
kecuali kemenangan menerusi sepakan penalti ketika menentang Norwich City pada
Piala FA.
Pengurus itu berkata, skuadnya kini tertekan berikutan bilangan
pemain yang cedera dan beliau tidak gembira dengan kekurangan aktiviti dalam
jendela perpindahan pemain.
“Saya tidak mempunyai impak besar dalam jendela perpindahan,”
katanya.
Chelsea dikaitkan dengan cubaan mendapatkan penyerang AS Roma,
Edin Dzeko dan laporan media di Itali berkata perjanjian itu sudah berakhir.
Chelsea juga dilaporkan mahu memburu beberapa penyerang dalam
jendela perpindahan Januari ini termasuklah Andy Carroll dan Ashley Barnes
ketika Conte cuba untuk meringankan tanggungjawab Alvaro Morata.
Apabila ditanya mengenai Dzeko, Conte berkata perkara itu adalah
di luar kawalannya.
“Saya
tidak suka bercakap mengenai jendela perpindahan, kelab memutuskan mengenainya.
Seperti saya katakan sebelum ini tugas saya adalah cuba membaiki pemain,”
katanya.

Comments
Post a Comment