LONDON: Chelsea
menandatangani pemain pertahanan kiri Brazil, Emerson Palmieri dari AS Roma
dengan kontrak empat setengah tahun, menurut jurucakap kelab, awal pagi tadi.
Pemain serba boleh berusia
23 tahun itu dibeli dengan harga STG17.6 juta (RM97.19 juta) sekali gus
memberikan pengurus, Antonio Conte pilihan kepada Marcos Alonso.
"Saya datang ke sini
kerana Chelsea mempunyai sejarah hebat. Menjadi impian saya menyarung jersi
pasukan ini," kata Emerson dalam laman web rasmi (www.chelseafc.com).
"Bola sepak Inggeris
telah lama saya ikuti sejak berusia 15 tahun. Ia perlawanan yang cantik dan
lebih menarik jika beraksi bersama," katanya.
Akhbar British melaporkan
Chelsea semakin hampir mendapatkan penyerang Perancis, Olivier Giroud dari
Arsenal. - ReutersCHELSEA menandatangani Emerson Palmieri dari AS Roma dengan kontrak empat setengah tahun. - Foto ChelseaFC

Comments
Post a Comment