LONDON – Harapan Chelsea untuk
mendapatkan khidmat penyerang West Ham United, Andy Carroll pada bulan ini
tidak kesampaian selepas pemain berusia 29 tahun itu disahkan mengalami
kecederaan buku lali sehingga terpaksa disisihkan selama sebulan.
CARROLL mengalami
kecederaan buku lali menyebabkan dia perlu dibedah dan terpaksa berehat selama
sebulan.
Perkara
tersebut didedahkan kelmarin oleh pengendali West Ham, David Moyes yang
menjelaskan bekas pemain Liverpool itu bakal dibedah dalam masa terdekat.
“Buat masa sekarang Carroll mengalami
kecederaan buku lali. Dia terpaksa disuntik dengan ubat penahan sakit kira-kira
sepuluh hari yang lalu yang mana saya yakin dia akan sembuh dalam tempoh
sebulan,” katanya semalam.
Sebagai rekod, kecederaan yang dihadapi
oleh Carroll itu mungkin akan menyebabkan Moyes menarik balik hasrat untuk
melepaskan penyerang, Javier Hernandez secara pinjaman kepada Besiktas.
Hasrat The Blues untuk mendapatkan Carroll
ternyata telah dikritik hebat oleh para penyokongnya sehingga menimbulkan tanda
tanya tentang perancangan sebenar Antonio Conte sedangkan mereka masih memiliki
penyerang muda, Michy Batshuayi.
Nasib Batshuayi pula semakin malap di
Stamford Bridge apabila media tempatan melaporkan dia bakal dilepaskan bagi
memberi peluang kepadanya untuk diturunkan secara kerap agar terpilih untuk
bersama skuad Belgium pada kancah Piala Dunia tahun ini.
West Ham adalah antara
pasukan yang berhasrat untuk mendapatkan tandatangan pemain 24 tahun itu. –
Agensi

Comments
Post a Comment