MANCHESTER City sanggup berbelanja sebanyak £150 juta (RM822
juta) untuk membawa bintang Chelsea, Eden Hazard ke Etihad.
Bos City, Pep Guardiola mengenal pasti pemain sayap Belgium itu
sasaran perpindahan nombor 1 pada musim panas.
Dia mengakui perubahan besar terhadap skuadnya bermakna dia
tidak bersaing dalam pasaran mendapatkan pemain handalan utama.
City enggan memenuhi permintaan £400,000 seminggu (RM2.1 juta)
mendapatkan Alexis Sanchez menyaksikan bintang Chile itu kemudian menyertai
skuad pencabar Manchester United, minggu lalu.
Guardiola bagaimanapun mengenepikan ura ura pendirian pendahulu
Liga Perdana Inggeris (EPL) itu bertukar.
Dengan kontrak Hazard masih tergantung di Stamford Bridge
memberikan City peluang menyertai pasaran perpindahan musim panas ini.
Guardiola bersetuju dengan pendirian City enggan memmecahkan
struktur penggajian kelab itu semata mata mendapatkan Sanchez.
Pada usia 27, Hazard dilihat lebih bernilai kerana tiba pada
detik kemuncak terbaik kariernya.
Jika kontraknya bersama Chelsea masih belum ada penyelesaian
sehingga hujung musim, City akan mencabar Real Madrid mendapatkan tandatangan
bintang Belgium itu.
Kontrak Hazard bersama Blues masih berbaki dua tahun dan berada
pada tahap optimum dari segi nilai dan gaji.
City
tidak teragak agak untuk memecahkan rekod perpindahan British.

Comments
Post a Comment