PEMAIN Chelsea, Michy Batshuayi (dua dari kiri) meraikan gol jaringannya
bersama rakan ketika menentang Newcastle pada pusingan keempat Piala FA di
Stamford Bridge, sebentar tadi. - Foto Reuters
LONDON: Michy Batshuayi meledak dua gol bagi membantu Chelsea
menewaskan pesaing dari Liga Perdana Inggeris, Newcastle United 3-0, untuk
melangkah ke pusingan kelima Piala FA di Stamford Bridge, sebentar tadi.
Jaringan Batshuayi pada
minit ke-31 dan ke-44, serta sepakan percuma yang disempurnakan Marcos Alonso
pada baki 18 minit sebelum tamat perlawanan sudah cukup untuk membolehkan juara
EPL itu untuk menyingkirkan skuad bimbingan Rafael Benitez.GAYA pemain pertahanan Chelsea, Marcos Alonso selepas meledak gol menewaskan Newcastle pada pusingan keempat Piala FA di Stamford Bridge, sebentar tadi. - Foto Reuters
Jaringan pertama penyerang Belgium itu muncul hasil pergerakan
cantik Pedro yang melepasi pertahanan Newcastle dan membolehkan Eden Hazard
mudah melakukan hantaran kepada Marcos Alonso.
Alonso kemudiannya melakukan hantaran kepada Batshuayi yang
mudah membolosi gawang gol lawan.
Penyerang Belgium itu kemudiannya meledak gol kedua Chelsea dan
gol kedua peribadinya pada minit terakhir rehat babak pertama, sebelum Alonso
melengkapkan kemenangan The Blues menerusi sepakan percuma menarik pada minit
ke-72.
Gol kedua Batshuayi itu adalah jaringan ke-10 peribadinya
sepanjang musim ini. Ditanya mengenai masa depannya selepas tamat aksi tadi,
penyerang itu berkata;"Saya tidak tahu, lebih baik tanyakan kepada
Conte,"
"Apabila saya memiliki peluang, saya mahu menggunakannya.
Saya berusaha keras setiap hari dan hari ini, saya cukup gembira apabila berada
di sini,"
Kemenangan itu menyaksikan Chelsea melangkah ke pusingan kelima
buat kali ke-18 dalam tempoh 20 tahun, manakala kali terakhir Newcastle
melangkah ke pusingan itu adalah pada tahun 2006. - AFP
PEMAIN tengah Chelsea, N'Golo Kante (kanan) cuba menghalang rembatan
pemain Newcastle, Matt Ritchie pada pusingan keempat Piala FA di Stamford
Bridge, sebentar tadi. - Foto Reuters




Comments
Post a Comment