CHELSEA terus memberi tekanan dengan tawaran lumayan untuk
menyakinkan Eden Hazard agar mempersetujui kontrak baru.
Kelab Stamford Bridge itu sudah memperbaharui perjanjian pemain
Belgium itu sebagai keutamaan dalam usaha merombak semula skuad pada musim panas.
Hazard, 27 mempunyai kontrak bersama kelab sehingga 2020.
Pemain Belgium dianggar bernilai £200j (RM1 bilion) itu ditawar
kontrak baru sekitar £300,000 (RM1.6 juta) seminggu termasuk bonus.
Hazard menjadi sasaran perpindahan bersama pemain Bayern Munich,
Robert Lewandowski dan rakan senegara serta sepasukan Hazard, Thibaut Courtois
untuk dibawa ke Real Madrid tetapi kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu mahu
dua pemain terbabit kekal berada bersama mereka.
Hazard berulang kali mengatakan dia gembira di Chelsea biarpun
difahamkan masih menunggu apa mampu ditawarkan oleh Madrid.
Jurulatih kelab gergasi Sepanyol itu Zinedine Zidane adalah
peminat sentiasa mengikuti perkembangan Hazard.
Bagaimanapun
kedudukan pengendali dari Perancis itu terancam musim ini yang pasti akan
menjejaskan keputusan prestasi skuad Chelsea.

Comments
Post a Comment