Skip to main content

Chelsea yakin kekal momentum



PEMAIN-PEMAIN Chelsea meraikan jaringan Willian ketika mereka menentang Barcelona di Stamford Bridge, London Rabu lalu yang berkesudahan seri 1-1. – Reuters

LONDON 23 Feb. - Chelsea kini sedang me­numpukan perhatian terhadap momentum positif mereka menjelang pertembungan dengan Manchester United dalam Liga Perdana Inggeris Ahad ini, kata pertahanan Cesar Azpilicueta.
Selepas tewas berturut-turut kepada Watford dan Bournemouth, skuad Blues bangkit semula dengan kemenangan ke atas West Brom, Hull City dalam Piala FA dan seri 1-1 dengan Barcelona di peringkat 16 terakhir pertama Liga Juara-juara.
Chelsea kini berada di anak tangga keempat, tiga mata di belakang penghuni tempat kedua United, dalam usaha merebut tempat empat teratas ketika persaingan berbaki 11 perlawanan.
“Selepas dua kali tewas beberapa minggu lalu, Chelsea bertindak balas dengan dua kemenangan.
“Perlawanan menentang Barcelona juga merupakan satu persembahan menarik daripada Chelsea, hampir sempurna. Ahad ini kami mempunyai perlawanan getir dan kami perlu menoleh kepada sasaran seterusnya dalam Liga Perdana Inggeris, dan kami akan cuba sedaya upaya untuk ber­ada di tahap tertinggi yang boleh.
“Buat masa ini kami semakin hampir, dan hampir untuk menamatkan persaingan musim ini. Jadi apa yang penting kami perlu mendapatkan mata,” katanya.
Chelsea mempunyai misi pen­ting dalam perjalanan ke Old Trafford diikuti dengan laluan menghadapi pendahulu liga Manchester City, kemudian melayani kunjungan Crystal Palace dan aksi timbal balik menentang Barcelona di Camp Nou. – REUTERS

Comments