Pemain tengah Manchester United Jesse Lingard selepas menjaringkan gol kedua United untuk menewaskan Chelsea 2-1 pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford malam ini. - AFP
MANCHESTER 25 Feb. - Gol jaringan Jesse Lingard pada separuh masa kedua memastikan kemenangan 2-1 Manchester United ke atas Chelsea yang terlebih dahulu mendahului melalui jaringan dan Silva Willian sebelum Romelu Lukaku menyamakan kedudukan, kemenangan yang menangkat United ke tangga kedua Liga Perdana Inggeris.
Chelsea kelihatan seperti mahu menghukum United di gelanggang sendiri apabila mendahului melalu jaringan Willian pada minit 32, namun United tidak mengambil masa lama untuk bangkit menyamakan kedudukan melalui jaringan Lukaku pada minit 37.
Gol Lingard pada minit 75 mengesahkan kebangkitan tuan rumah untuk menghuni tangga kedua liga.
Comments
Post a Comment