Skip to main content

Lukaku mampu kejutkan Chelsea


LUKAKU (kanan) berjaya menjaringkan 21 gol buat United musim ini dalam semua kejohanan, namun masih menjadi mangsa kritikan ekoran persembahan tidak konsisten.

MANCHESTER – Pe­ngendali Manchester United, Jose Mourinho mengakui bahawa beliau tidak terlalu resah dengan rekod ja­ringan penggempur utamanya, Romelu Lukaku menjelang pertemuan menentang Chelsea malam ini di Old Trafford.
Pemain Belgium itu menja­ringkan 21 gol musim ini selepas melengkapkan perpindahan ke United dari Everton tetapi dia gagal menjaringkan gol dalam 10 penampilan menentang lapan pasukan teratas liga musim ini.
Pemain berusia 24 tahun itu berpeluang untuk menamatkan kemarau tersebut pada aksi menentang Chelsea kali ini tetapi Mourinho tidak terlalu memikirkan sama ada pemain itu dapat menjaringkan gol atau terus gagal menamatkan badi tersebut.

Comments