MANCHESTER: Romelu Lukaku menutup mulut pengkritik yang meragui
kemampuannya berdepan lawan hebat dengan menjaringkan gol dan membantu gol
kemenangan Jesse Lingard ketika Manchester United bangkit daripada ketinggalan
untuk menewaskan Chelsea 2-1 semalam.
Lukaku tidak menjaringkan sebarang gol dalam enam perlawanan
terdahulu berdepan enam pasukan terbaik Liga Perdana Inggeris bersama United
mencetuskan andaian bahawa dia hanya mampu membuli pasukan lemah.
Bagaimanapun Lukaku kini menjaringan 22 gol dlam semua
kejohanan sejak berpindah dari Everton Julai lalu dengan bayaran £75 juta
(RM410.2 juta).
“Ia tidak terusk tetapi anda sentiasa boleh perbaiki,” kata
Lukaku mengenai jaringannya setakat ini.
“Saya ingin melakukan yang terbaik untuk pasukan. Pada akhirnya,
saya berada di Manchester United dan mahu memenangi trofi. Itu yang penting.”
Pengurus United Jose Mourinho begitu berlebih-lebihan dalam
memuji Lukaku apabila prestasi peribadinya membayangkan aksi tuan rumah selepas
ketinggalan kepada Chelsea.
Pasukan pelawat mendahului menerusi jaringan Willian sebelum
setengah jam perlawanan ketika United sekali lagi gagal mendapatkan aksi
terbaik daripada Alexis Sanchez dan Paul Pogba dalam formasi baru di bahagian
tengah.
Namun Lukaku meledak gol enam minit sebelum separuh masa apabila
berjaya menyempurnakan hantaran Anthony Martial.
Dia hampir menjaringkan gol kedua apabila sepakan guntingnya
berjaya diselamatkan Thibaut Courtois pada separuh masa kedua.
Namun Courtois gagal melakukan sesuatu apabila Lukaku mempamerkan
kemampuannya di luar kawasan penalti untuk melakukan hantaran yang berjaya
disempurnakan Lingard.

Comments
Post a Comment