CONTE bimbang
ketiadaan Christensen akan melemahkan barisan pertahanan Chelsea. FOTO/AFP
LONDON: Pengurus Chelsea, Antonio Conte kini gusar terhadap
kecergasan penjaga golnya, Thibaut Courtois dan pertahanan, Andreas Christensen
menjelang perlawanan penting bertemu Tottenham.
Courtois tidak menyertai perlawanan antarabangsa bersama Belgium
kerana masalah kecederaan hamstring, sementara pertahanan, Christensen dihantar
pulang Denmark selepas berdepan kecederaan otot.
Kedua-dua pemain itu dikhuatiri tidak akan menyertai perlawanan
Ahad ini di Stamford Brige di mana kekalahan akan menyebabkan Chelsea terlepas
peluang menyertai Liga Juara-Juara.
COURTOIS alami masalah kecergasan. FOTO/AFP
"Kami mempunyai dua masalah besar iaitu Courtois dan Christensen dan kami perlu memeriksa sama ada kemungkinan mereka dapat bermain dan kemudian bermain dengan baik," kata Conte."Perkara paling penting adalah boleh bermain tetapi dalam masa yang sama berada dalam keadaan fizikal yang baik untuk perlawanan itu. Jika tidak saya perlu melakukan keputusan yang berbeza.
"Di saat ini, bagi saya ia adalah sangat sukar untuk memberitahu kepada anda dengan tepat siapakah pilihan saya bagi Ahad ini kerana kami perlu memeriksa situasi dua pemain ini."
Jika Courtois disahkan tidak cergas untuk bermain, penjaga gol baru dari Argentina, Willy Caballero akan mengambil alih tugas sementara Gary Cahill akan menggantikan Christensen.
Pemain pertahanan tengah, Cahill kerap memanaskan bangku simpanan musim ini dan tidak tersenarai dalam skuad England baru-baru ini yang di bawah bimbingan Gareth Southgate.
Cahill dikatakan bakal menjadi satu-satunya pilihan selepas David Luiz terpaksa dipinggir akibat kecederaan lutut.
"David Luiz terpaksa dipinggirkan bagi tempoh tiga minggu lalu dan kini dalam proses pemulihan lututnya," kata Conte. - AFP


Comments
Post a Comment