Lionel Messi selepas menjaringkan gol ke-100
dalam kempen Liga Juara-Juara Eropah dan seterusnya membantu Barcelona
membelesah Chelsea dengan agregat 4-1 di Nou Camp awal pagi tadi. - AFP
BARCELONA 15 Mac - Lionel Messi dijulang sebagai
`raja' oleh Barcelonan apabila dua gol jaringannya membantu pasukan Catalan itu
membalasah Chelsea sekali gus mencatat gol yang ke-100 untuknya dalam kejohanan
Liga Juara-Juara Eropah.
Selepas merentangkan kain rentang bertulis
`Tuhan Selamatkan Raja' sebelum sepak mula, peminat-peminat Barcelona terus
meraikan gol ketika permainan baru 129 saat bermula. Ketika gol itu dijaringkan
Chelsea belum sempat membuat hantaran pun.
Messi kemudiannya mengumpan bola kepada Ousmane
Dembela untuk gol kedua Barcelona pada perlawanan kedua pusingan 16 terbaik di
Nou Camp awal pagi tadi.
Pemain Argentina itu menjaringkan satu lagi gol
untuk jaringannya yang ke-100 melaui 123 penampilan dalam Liga Juara-Juara
seterusnya membantu pasukannya membelasah Chelsea dengan agregat 4-1.
Messi menjadi pemain kedua mencatat tahap
berkenaan dalam kejohanan utama Eropah itu, selepas pemain Real Madrid,
Cristiano Ronaldo, yang menjaringkan 117 gol dalam 152 perlawanan. - AFP

Comments
Post a Comment