Spurs yang berada di tangga
keempat kini lima mata di depan Chelsea dengan tujuh lagi baki perlawanan.
Kemenangan ke atas Chelsea mengukuhkan lagi cengkaman anak buah Mauricio
Pochettino s merebut slot terakhir ke liga elit Eropah itu.
Bagaimanapun, rekod buruk
Spurs di Stamford Bridge sejak kebelakangan ini wajar dimanfaatkan skuad
Antonio Conte.
Spurs tidak pernah menang
dalam aksi liga di Stamford Bridge sejak 1990 yang ketika itu dibarisi bekas
pemain England, Paul Gascoigne dan Gary Lineker.
Penyokong Spurs juga tidak dapat melupakan episod duka pada 2016 di Stamford Bridge apabila seri 2-2 dengan Chelsea walaupun mendahului 2-0 sekali gus juara Liga Perdana menjadi milik Leicester City.
Eden Hazard yang menjaringkan gol penyamaan ketika itu sekali lagi bakal menjadi duri berbisa kepada pertahanan Spurs sementara pemain Brazil, Willian berada di kemuncak prestasi ketika ini.
Eden Hazard yang menjaringkan gol penyamaan ketika itu sekali lagi bakal menjadi duri berbisa kepada pertahanan Spurs sementara pemain Brazil, Willian berada di kemuncak prestasi ketika ini.
Skuad Pochettino sekali
lagi beraksi tanpa penjaring terbanyak mereka, Harry Kane di bahagian serangan
kerana masih lagi dalam proses pemulihan akibat kecederaan buku lali sejak 11
Mac lalu.
Pemain sayap Korea Selatan,
Son Heung-min dijangka mampu menggalas tugas Kane selepas menjaringkan tujuh
gol dalam lima penampilan terakhir bersama Spurs.
Sementara itu, pendahulu
liga, Manchester City tahu kemenangan ke atas Everton di Goodison Park, Sabtu
ini membolehkan mereka hanya selangkah menjulang trofi liga sebelum menerima
kunjungan Manchester United di tempat sendiri minggu depan.
Skuad Pep Guardiola kini 16
mata di atas United tetapi pengurus dari Sepanyol tetap enggan mengambil mudah
cabaran Everton. Citizens gagal menewaskan mereka dalam tiga percubaan sejak
mengambil alih tugas di Etihad.
Kunjungan
terakhir ke Goodison menyaksikan City tewas 0-4 dan kemungkinan keputusan sama
tidak berulang. Kemampuan Everton seri 1-1 di Etihad Ogos lalu menunjukkan
cabaran mereka tidak boleh dipandang sebelah mata.

Comments
Post a Comment