Skip to main content

Pedro pastikan Chelsea mara ke separuh akhir


PEMAIN Chelsea, Pedro (kanan) menanduk masuk gol kemenangan pasukannya dalam perlawanan suku akhir Piala FA menentang Leicester City di Stadium King Power, Leicester, semalam. REUTERS

LONDON 19 Mac - Gol oleh pemain gantian Pedro membolehkan Chelsea me­langkah ke separuh akhir Piala FA selepas menumpaskan Leicester City 2-1 selepas masa tambahan.

Pedro yang dimasukkan pada minit ke-92 bagi menggantikan Willian menjadi penyelamat buat Chelsea apabila tandukannya pada masa tambahan memboleh­kan Blues meraih kemenangan.

Pengurus Chelsea, Antonio Conte berkata, dia amat bangga dengan pencapaian semua pemainnya yang telah mempamerkan kebangkitan selepas tersingkir daripada Liga Juara-juara.
“Ini adalah perlawanan yang cukup mencabar buat kami dan semua pemain sedar mengenainya.
“Kami harus bangga dengan pencapaian hari ini kerana semua pemain telah mempamerkan komitmen masing-masing bagi mendapatkan kemenangan.
“Saya juga dapat melihat persembahan bagus dalam kala­ngan pemain serta perwatakan yang amat menakjubkan,” kata Conte.

Alvaro Morata meletakkan Chelsea di depan pada minit ke-42 sebelum Jamie Vardy menjadikan kedudukan terikat 1-1 pada minit ke-76.

Perlawanan yang berlangsung hingga ke masa tambahan me­nyaksikan Pedro berjaya memanfaatkan hantaran daripada N’Golo Kante untuk menjaringkan gol menerusi tandukan pada minit ke-105 sekali gus membawa pasukannya ke separuh akhir.

Chelsea seterusnya akan menentang Southampton di Wembley pada 21 atau 22 April ini. – REUTERS

Comments