LONDON: Pengurus Chelsea, Antonio Conte kini gusar terhadap
kecergasan penjaga golnya, Thibaut Courtois dan pertahanan, Andreas Christensen
menjelang perlawanan penting bertemu Tottenham.
Courtois tidak menyertai perlawanan antarabangsa bersama Belgium
kerana masalah kecederaan hamstring, sementara pertahanan, Christensen dihantar
pulang Denmark selepas berdepan kecederaan otot.
Kedua-dua pemain itu dikhuatiri tidak akan menyertai perlawanan
Ahad ini di Stamford Brige di mana kekalahan akan menyebabkan Chelsea terlepas
peluang menyertai Liga Juara-Juara.
“Kami mempunyai dua masalah
besar iaitu Courtois dan Christensen dan kami perlu memeriksa sama ada
kemungkinan mereka dapat bermain dan kemudian bermain dengan baik,” kata Conte
CONTE bimbang
ketiadaan Christensen akan melemahkan barisan pertahanan Chelsea. FOTO/AFP
“Perkara paling penting adalah boleh bermain tetapi dalam masa
yang sama berada dalam keadaan fizikal yang baik untuk perlawanan itu. Jika
tidak saya perlu melakukan keputusan yang berbeza.
“Di saat ini, bagi saya ia adalah sangat sukar untuk memberitahu
kepada anda dengan tepat siapakah pilihan saya bagi Ahad ini kerana kami perlu
memeriksa situasi dua pemain ini.”
Jika Courtois disahkan tidak cergas untuk bermain, penjaga gol
baru dari Argentina, Willy Caballero akan mengambil alih tugas sementara Gary
Cahill akan menggantikan Christensen.
Pemain pertahanan tengah, Cahill kerap memanaskan bangku
simpanan musim ini dan tidak tersenarai dalam skuad England baru-baru ini yang
di bawah bimbingan Gareth Southgate.
Cahill dikatakan bakal menjadi satu-satunya pilihan selepas
David Luiz terpaksa dipinggir akibat kecederaan lutut.
“David
Luiz terpaksa dipinggirkan bagi tempoh tiga minggu lalu dan kini dalam proses
pemulihan lututnya,” kata Conte.


Comments
Post a Comment