MORATA (tengah)
dikritik kerana gaal pamer aksi mantap ketika menentang Burnley. -Foto Reuters
LONDON: Pengurus Chelsea, Antonio Conte mempertahankan penyerang
yang kurang mengancam Alvaro Morata walaupun pemain Sepanyol itu banyak
melepaskan peluang ketika menang 2-1 di Burnley awal pagi tadi.
Kemenangan meletakkan Chelsea kembali berpeluang mengejar
Tottenham Hotspur untuk tempat ke Liga Juara-Juara musim depan ketika mereka
merapatkan jurang kepada lima mata berbanding pencabar dari London itu berbaki empat
perlawanan.
Chelsea akan berdepan Southampton buat kali kedua dalam tempoh
lapan hari bagi saingan separuh akhir Piala FA pada Ahad selepas skuad Conte
bangkit daripada ketinggalan 2-0 seterusnya menang 3-2 di St Mary Sabtu lalu.
Dan dengan hanya saingan itu mampu memberikan trofi tunggal buat
Chelsea musim ini, pengendali dari Itali itu meletakkan Eden Hazard dan Willian
di bangku simpanan ketika Olivier Giroud dan Morata memulakan permainan di
depan buat pertama kali.
Morata hanya sekali menjaringkan dua gol pada 2018 selepas gagal
menyudahkan dua peluang satu lawan satu berdepan penjaga gol harapan England
pada Piala Dunia, Nick Pope.
Namun Conte percaya, pemain Sepanyol itu menunjukkan dia dan
Giroud boleh terus bekerjasama.
"Ini adalah pilihan yang sangat bagus," kata Conte.
"Sebelum ini adalah sukar buat saya mencuba pilihan ini dengan dua
penyerang tetapi mereka menunjukkan keserasian yang baik dan kombinasi bagus
dan pada masa sama mereka bekerja keras untuk pasukan." - AFP

Comments
Post a Comment