Skip to main content

Chelsea mahu hambat Spurs


VICTOR MOSES (kiri) meraikan kejayaannya meledak gol kemenangan Chelsea bersama Pedro. – REUTERS

BURNLEY 20 April - Chelsea menghidupkan peluang mereka untuk menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam kelompok empat pasukan terbaik apabila jaringan lewat permainan Victor Moses membantu The Blues menewaskan Burnley 2-1 di Turf Moor, semalam.

Chelsea mengumpul 63 mata berada di tangga kelima ketinggalan lima mata dengan Tottenham yang berada di kedudukan keempat liga dan dengan berbaki empat perlawanan sahaja lagi The Blues perlu mengutip mata maksimum sambil mengharapkan kekalahan menimpa skuad kendalian Mauricio Pochettino.

“Tugas sukar menanti kami sebab kami ketinggalan lima mata dengan Tottenham dan sebelum ini kami melepaskan peluang terbaik untuk merapatkan kedudukan dengan mereka.

“Sekarang kami perlu mendapatkan tiga mata untuk setiap perlawanan hingga aksi terakhir liga di mana kami akan menentang pasukan yang mahu mengelak daripada memasuki ke dalam zon penyingkiran. 

Bagaimanapun kami akan berusaha dan hari ini saya lihat pemain menunjukkan semangat juang yang tinggi.

“Bukan mudah untuk kami menentang Burnley sebab jika anda memberi ruan gkepada mereka itu bermakna anda dalam bahaya. 

Penyerang kami, (Oliver) Giroud dan (Alvaro) Morata bermain dengan baik dan mereka memiliki kombinasi yang baik. Ini memberi pilihan kepada saya untuk aksi seterusnya,” kata Conte. - REUTERS

Comments