Skip to main content

Fabregas suntik nadi Blues


SWANSEA, United Kingdom: Chelsea meneruskan harapan untuk layak ke Liga Juara-Juara ketika bos Blues, Antonio Conte meraih kemenangan ke-50 Liga Perdana hari ini hasil jaringan Cesc Fabregas untuk menang 1-0 di Swansea.
Rembatan Fabregas pada minit keempat yang juga ke-50 buat pemain tengah itu dalam Liga Perdana sudah cukup memberikan Chelsea kemenangan keempat berturut-turut dalam semua kejohanan.
Chelsea, kini kelima, mengejar Tottenham untuk kedudukan empat tempat terbaik.

Mereka mengejar pasukan tangga keempat Tottenham dengan hanya dua mata menjelang pertembungan tetangga London itu berdepan Watford Isnin ini.
Swansea kekal dalam zon penyingkiran dan skuad kendalian Carlos Carvalhal kini hanya satu mata di atas Southampton, dan akan bertemu Saints pada minggu terakhir musim ini.
Swansea merasakan mereka sepatutnya diberikan penalti pada babak kedua apabila Gary Cahill memijak kaki pemain gantian, Nathan Dyer namun pengadil Jonathan Moss tidak memberikannya.

Comments