SARRI akhirnya dipilih sebagai pengurus Chelsea yang baharu menggantikan Conte yang dipecat selepas prestasi terumbang-ambing pasukan itu musim lepas.
MILAN - Presiden Napoli, Aurelio De Laurentiis menuduh bekas jurulatih pasukannya, Maurizio Sarri cuba untuk membawa semua pemain Napoli untuk bersamanya ke Chelsea bagi memperkuatkan lagi kelab gergasi Liga Perdana England (EPL) musim depan.
Tugas yang dipikul Sarri sebelum ini digantikan oleh Carlo Ancelotti penghujung musim lalu selepas beliau mengendalikan pasukan itu sejak tahun 2015.
Sarri tidak menyertai Chelsea secara sendirian apabila berjaya membawa Jorginho untuk terus bersamanya pada EPL meskipun pada mulanya pemain tengah tersebut dikhabarkan akan menyertai Manchester City.
Bagaimanapun, De Laurentiis memberitahu, bukan hanya Jorginho sahaja yang ingin Sarri dapatkan, malah ada beberapa nama lain yang masih dalam fikirannya untuk dibawa ke Stamford Bridge.
“Saya tidak gemar mengatakan kami berdua telah melakukan kesilapan walaupun merasakan saya telah membuat keputusan yang betul.
“Sarri masih mempunyai kontrak bersama kami tetapi sikapnya itu adalah sesuatu yang tidak boleh diterima apabila meletakkan kesalahan kepada pemain kerana kegagalan pasukan.
“Meskipun beliau telah menghukum pemain dalam sesi latihan sebelum ini tetapi pemain masih tetap memberikan yang terbaik untuknya.
“Kemudiannya Sarri ingin mendapatkan semua pemain tersebut ke EPL untuk melakukan perkara yang sama, namun saya perlu bincangkan perkara tersebut bersama Pengarah Chelsea, Marina Granovskaia.
“Sarri telah mendapatkan Jorginho sebelum ini dan kini beliau dikatakan cuba untuk membawa Amadou Diawara dan Marek Hamsik ke Stamford Bridge,” kata De Laurentiis. – Agensi
Comments
Post a Comment