Skip to main content

Juventus belum terima tawaran



TURIN – Ketua Pegawai Eksekutif Juventus, Giuseppe Marotta mengakui pasukannya masih belum menerima tawaran rasmi dari Chelsea dan AC Milan untuk mendapatkan Gonzalo Higuain selepas penyerang tersebut kemungkinan bakal dilepaskan setelah juara Serie A tersebut berjaya mendapatkan Cristiano Ronaldo.
HIGUAIN menjadi buruan Chelsea dan Milan tetapi Juventus mendedahkan

HIGUAIN menjadi buruan Chelsea dan Milan tetapi Juventus mendedahkan bahawa mereka masih belum menerima sebarang tawaran untuk mendapatkan pemain itu.





Higuan dikaitkan akan menyertai Chelsea untuk berada di bawah bimbingan Maurizio Sarri sementara dia juga kemungkinan akan berhijrah ke AC Milan untuk membuat pertukaran bersama Leonardo Bonucci di mana pemain pertahanan tersebut berhasrat membuat pusingan U untuk kembali semula di Juventus.
Marotta mendedahkan situasi tersebut terjadi selepas ketibaan Ronaldo sekali gus boleh menafikan tugas Higuan sekiranya dia terus bersama skuad kendalian Massimiliano Allegri musim hadapan.
“Saya tidak boleh menafikan kehadiran Ronaldo dapat memberikan kelebihan buat pasukan untuk berdepan aksi musim hadapan.
“Bekas pemain Real Madrid tersebut mempunyai kemampuan yang sangat baik untuk melancarkan serangan apabila berada di atas padang serta mampu memberikan ancaman kepada pihak lawan.
“Kini kami sedang mengikuti perkembangan semasa Higuan, namun masih belum terima tawaran rasmi dari Chelsea dan Milan setakat ini,” kata Marotta.
Higuan mula beraksi di Juventus pada 2016 selepas berhijrah dari Napoli dengan nilai €90 juta (RM426.07 juta) dan berjaya memimpin skuad Allegri menjuarai Serie A dan Piala Itali. – Agensi

Comments