Skip to main content

Monaco destinasi baharu Golovin

GOLOVIN memilih untuk bersama Monaco biarpun dikaitkan dengan

GOLOVIN memilih untuk bersama Monaco biarpun dikaitkan dengan perpindahan ke beberapa kelab di England.
MONACO - Monaco secara rasminya mengumumkan ketibaan pemain tengah, Aleksandr Golovin di Stade Louis II menerusi kontrak selama lima tahun dengan nilai perpindahan yang dianggarkan sebanyak €35juta (RM165.92 juta).
Perkembangan tersebut turut menyaksikan harapan Chelsea untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 22 tahun itu berkecai.
“Saya sangat gembira kerana dapat beraksi bersama Monaco. Ini adalah pengembaraan baharu yang mungkin akan menjadi platform kepada saya untuk mengembangkan potensi yang ada.
“Saya sudah tidak sabar lagi untuk berjumpa dengan barisan kejurulatihan serta pemain di sini. Sudah tentu saya akan cuba sedaya upaya merealisasikan impian Monaco musim ini.
“Dapat beraksi dengan ramai pemain bintang masa depan adalah salah satu impian saya. Saya akan berusaha sebaik mungkin bagi memastikan pelaburan yang dibuat terhadap saya berbaloi,” katanya.
Sebagai rekod, pemain antarabangsa Rusia itu telah menja­ringkan 13 gol dalam 113 penampilannya di CSKA Moscow. Aksi cemerlang di pentas Piala Dunia 2018 telah menyebabkan Golovin menjadi tumpuan beberapa pasukan gergasi termasuk Chelsea.
Dia merupakan nadi pada jentera tengah yang membantu Rusia mara sehingga ke pusingan suku akhir Piala Dunia.
Dalam pada itu, Naib Presiden Monaco, Vadim Vasilyev mengakui teruja dengan kehadiran pemain berkenaan sambil menyifatkan keputusan Golovin untuk me­nyertai Monaco adalah tepat.
“Kami akan membantu Golovin mengembangkan potensinya di Monaco. Dia akan muncul sebagai pemain tengah terbaik tidak lama lagi,” katanya. – Agensi

Comments