ROSS BARKLEY berhasrat untuk mendapatkan tempat di dalam kesebelasan utama di bawah kendalian Murizio Sarri.
LONDON 1 Ogos - Ross Barkley bersedia untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama Chelsea di bawah kendalian Maurizio Sarri selepas mengalami musibah selepas beberapa bulan berada di Stamford Bridge.
Pemain tengah itu menyertai The Blues daripada Everton pada harga 15 juta pound (RM79.59 juta) tetapi hanya beraksi dalam dua perlawanan Liga Perdana Inggeris semasa di bawah Antonio Conte.
Pemain berusia 24 tahun itu gagal mendapatkan tempat di dalam skuad Chelsea terutama selepas melakukan pembedahan hamstring musim lalu.
Bagaimanapun, pemain England itu berazam untuk memulakan semula kariernya bersama kelab London itu di bawah Sarri yang meminati cari permainannya.
“Saya menyertai kelab ini dengan masalah kecederaan.
“Saya tidak banyak permain kerana beberapa masalah termasuk kecederaan otot tetapi saya tidak melihat perkara ini sebagai membuang masa kerana keadaan saya ketika ini bertambah baik.
“Saya sudah melakukan semuanya dengan baik, saya rasakan akan ada tempat untuk saya pada musim baharu ini,” katanya.-AGENSI
Comments
Post a Comment