PEMAIN Derby County, Mason Bennett bersaing dengan pemain Chelsea, David Luiz (kanan) dalam aksi Piala Liga di Stamford Bridge, London. - Foto Reuters LONDON: Chelsea menyingkirkan Derby kendalian Frank Lampard daripada saingan Piala Liga awal pagi tadi untuk menempah tempat ke suku akhir. Skuad kendalian Maurizio Sarri menang 3-2 dengan kelima-lima gol hadir di babak pertama, termasuk dua jaringan sendiri pemain Derby di Stamford Bridge. Fikayo Tomori – pemain pinjaman dari Chelsea dan Richard Keogh membolosi gawang sendiri untuk memadamkan jaringan rakan sepasukan, Jack Marriot di awal babak pertama. Anak buah Lampard bagaimanapun bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-27 menerusi Martyn Waghorn sebelum Cesc Fabregas meledak gol kemenangan tuan rumah. Lampard, antara bekas bintang terhebat Chelsea, merasakan skuad kendaliannya berhak mendapat keputusan seri berdasarkan peluang yang dicipta tetapi tetap menganggap dirinya...