PENGURUS Derby County, Frank Lampard semasa aksi Piala Liga menentang Chelsea di Stamford Bridge, awal pagi tadi. - REUTERS
LONDON 1 Nov. - Chelsea melangkah ke saingan suku akhir Piala Liga dan berterima kasih dengan dua gol sendiri skuad bimbingan Frank Lampard, Derby County yang membolehkan Blues menamatkan aksi dengan kemenangan 3-2 di Stamford Bridge, awal pagi tadi.
Tottenham Hotspur turut melangkah ke saingan sama selepas Son Heung-min menjaringkan dua gol untuk meraih kemenangan 3-1 ke atas West Ham United manakala Arsenal menempah slot lapan terakhir selepas bergelut untuk menang 2-1 ke atas Blackpool yang menyaksikan kedua-dua pasukan beraksi dengan 10 pemain.
Turut melangkah ke saingan suku akhir awal pagi tadi ialah pasukan divisyen kedua, Middlesbrough yang tidak berdepan masalah untuk mendapatkan kemenangan 1-0 ke atas pasukan Liga Perdana Inggeris, Crystal Palace. - REUTERS
Comments
Post a Comment