Skip to main content

Sikap ‘malas’ Martial buat Solskjaer berang

PENGURUS Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer - AFP

PENGURUS Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer - AFP

MANCHESTER 30 April - Pengendali Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mengakui kurang senang dengan sikap malas yang dipamerkan Anthony Martial berikutan sikap malas yang dipamerkan ketika Manchester United seri dengan Chelsea.
Selepas perlawanan, Solskjaer memarahi Martial di hadapan pemain lain dalam bilik persalinan, malah meletakkan pemain Perancis itu di bangku simpanan di Old Trafford.
Sikap pemain muda berusia 23 tahun itu, turut dikritik penyokong di media sosial, semalam selepas melihat rakaman Martial ketika sesi memanaskan badan, dia begitu santai dengan tangan di belakang badan sambil memijak bola sedangkan rakan lain melakukan sepakan dan berlari pantas pada sesi berkenaan.
Martial mengadu mengalami sakit belakang tetapi difahamkan Solskjaer tidak gembira dengan alasan diberikan.
Solskjaer kemudian membuat keputusan menyenaraikan Alexis Sanchez berbanding Martial bagi menggantikan Marcus Rashford yang mengalami kecederaan bahu pada minit ke-65.
Sebelum ini terdapat kebimbangan terhadap sikap Martial sejak dia menandatangani kontrak lima tahun pada penghujung Januari lalu apabila sering menunjukkan aksi tidak memuaskan ketika berada di atas padang.
Sebelum ini, Martial sentiasa menjadi pilihan utama untuk membentuk serangan bersama Rashford dan Jesse Lingard tetapi kini tidak lagi.
Kelakuan Martial bukan perkara baharu kerana sebelum ini, bekas pengurus United Jose Mourinho turut kecewa dengan sikap bekas pemain Monaco itu hingga mahu menjualnya pada musim panas lalu. - AGENSI

Comments