Skip to main content

Gol tunggal Cresswell legakan Pellegrini

Pertahanan West Ham United, Aaron Cresswell (kiri) merembat lalu membolosi gawang Chelsea untuk gol tunggal perlawanan Liga Perdana Inggeris, malam tadi. - Foto AFP

LONDON: Jaringan Aaron Cresswell melegakan tekanan ditanggung Manuel Pellegrini ketika pertahanan West Ham itu mengejutkan Chelsea 1-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris, malam tadi.
Pellegrini diberikan kata dua dengan mesti menang dua perlawanan untuk menyelamatkan kedudukannya namun kemenangan itu jelas memberinya kelegaan apabila merakam kemenangan pertama sejak lapan aksi dalam liga.
Ia juga kejayaan pertama West Ham di Stamford Bridge dalam 14 kunjungan sejak 2002.
Sebelum ini Hammers kecundang dalam tiga aksi terkahir sekali gus meningkatkan spekulasi Pellegrini bakal dipecat.
Rabu ini, Pellegrini akan bertandang ke gelanggang Wolves dengan harapan menggunung untuk menang sekali gus mengelak dari zon penyingkiran.
Chelsea pula selepas kalah di tangan Manchester City, minggu lalu gagal mempamer kebangkitan seperti sebelumnya yang diserlahkan oleh Frank Lampard.
Chelsea menguasai permainan namun gagal mememcah benteng Hammers sebelum Christian Pulisic menanduk hantaran silang Pedro.
Tanpa kelibat Tammy Abraham yang masih cedera ketika kempen Liga Juara-Juara, penggantinya Giroud tampil kali pertama sejak 18 Ogos dan kurang menyengat akibat terlalu lama di bangku simpanan. – AFP

Comments