
FRANK LAMPARD sedia melakukan apa saja untuk mempertahankan Callum Hudson-Odoi selepas penyerang England itu dikritik hebat di media sosial.
Pemain remaja itu bergelut ketika Chelsea tewas 0-2 kepada Southampton di laman sendiri pada Hari Boxing, penampilan pertamanya bersama skuad utama sejak Oktober dan mendapati dirinya menjadi bahan ejekan.
Namun pemain berusia 19 tahun itu mempamerkan aksi lebih baik ketika tampil seketika sewaktu menang 2-1 ke atas Arsenal hujung minggu lalu.
Pengendali Chelsea Lampard berkata adalah menjadi tugasnya untuk menangani kritikan melampau dan membantu Hudson-Odoi memenuhi potensinya.
“Saya fikir sesuatu yang keterlaluan untuk pemain berusia 19 tahun tampil secara konsisten atau anda akan dikecam di media sosial dan sudah pasti saya akan mempertahankannya daripada perkara itu,” kata pengendali Blues itu.
“Sewaktu diturunkan seketika ketika menentang Arsenal, dia menampilkan aksi cemerlang, dia sememangnya boleh melakukannya.”
Lampard, bekas pemain tengah Chelsea dan England berkata: “Dia perlu menunjukkan lebih daripada itu tetapi sudah pasti dia akan melakukannya dan kami menyokongnya.
“Saya belum bercakap dengannya mengenai perkara itu secara spesifik tetapi malangnya di media sosial ia sesuatu yang biasa.
“Anda terpaksa tebalkan muka untuk menghadapinya.”
Chelsea berkunjung ke Brighton malam ini dengan skuad Lampard kini di tangga keempat Liga Perdana Inggeris.
Comments
Post a Comment