AKSI pemain tengah Chelsea, Willian (kiri) dikekang pemain tengah Barcelona, Andres Iniesta pada saingan Liga Juara-Juara di Stadium Stamford Bridge, awal pagi tadi. - Foto Reuters LONDON: Pemain sayap Chelsea, Willian yakin skuad kendalian Antonio Conte itu mampu melakar kejutan di Barcelona selepas hampir berjaya mengekang bintang Argentina Lionel Messi dalam aksi Liga Juara-Juara di Stamford Bridge. Sembilan tahun selepas aksi separuh akhir penuh kontroversi membabitkan kedua-dua kelab, Andres Iniesta dan Messi sekali lagi bergandingan untuk memastikan kelab Catalan itu menamatkan perlawanan pertama pusingan 16 terakhir dengan keputusan seri 1-1. GAYA pemain tengah Chelsea, Willian selepas menjaringkan gol ketika menentang Barcelona di Stadium Stamford Bridge, awal pagi tadi. - Foto Reuters Kali ini, Iniesta pula melakukan hantaran ke atas Messi untuk gol pertamanya selepas sembilan percubaan ke atas Chelsea apabila memanfaatkan kesilapan bek tengah A...