Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2018

Sarri tunggu Conte dipecat

HARAPAN Maurizio Sarri untuk melengkapkan impiannya berhijrah ke Chelsea kini dilihat kian hampir. Bekas pengendali Napoli itu kini menjadi calon utama bagi menggantikan Antonio Conte selaku ketua jurulatih di Chelsea sekiranya pengendali berusia 48 tahun itu dipecat. Selepas mengupah perantara yang memiliki hubungan rapat bersama Chelsea, Sarri cuba untuk mendesak Chelsea membuat keputusan dan terdesak bagi mendapatkan jawatan itu. Dia percaya dirinya kian hampir ditawarkan kontrak dua tahun dan pilihan untuk tambahan 12 bulan sejurus Chelsea membuat keputusan mengenai masa depan Conte. Meskipun berjaya membawa The Blues memenangi Piala FA minggu lalu, masa depan Conte semakin samar dan perlu menunggu keputusan pengurusan terlebih dulu. Carlo Ancelotti sudah menggantikan Sarri di Napoli dan pasukan Serie A itu dikatakan bersedia untuk ‘melupuskan’ klausa pelepasan Sarri berjumlah 7 juta pound (RM37 juta) jika David Luiz menyertai pasukan terbabit. Sumber terde...

Sarri hampir ke Chelsea

MAURIZIO Sarri. - Foto AFP LONDON: Harapan Maurizio Sarri untuk melengkapkan impiannya berhijrah ke Chelsea kini dilihat kian hampir. Bekas pengendali Napoli itu kini menjadi calon utama bagi menggantikan Antonio Conte selaku ketua jurulatih di Chelsea sekiranya pengendali berusia 48 tahun itu dipecat. Selepas mengupah perantara yang memiliki hubungan rapat bersama Chelsea, Sarri cuba untuk mendesak Chelsea membuat keputusan dan terdesak bagi mendapatkan jawatan itu. Dia percaya dirinya kian hampir ditawarkan kontrak dua tahun dan pilihan untuk tambahan 12 bulan sejurus Chelsea membuat keputusan mengenai masa depan Conte. Meskipun berjaya membawa The Blues memenangi Piala FA minggu lalu, masa depan Conte semakin samar dan perlu menunggu keputusan pengurusan terlebih dulu. Carlo Ancelotti sudah menggantikan Sarri di Napoli dan pasukan Serie A itu dikatakan bersedia untuk 'melupuskan' klausa pelepasan Sarri berjumlah 7 juta pound (RM37 juta) jika Davi...

'Jual sahaja Hazard'

MENURUT bekas penolong jurulatih, Steve Clarke salah satu cara untuk Chelsea mendapatkan dana membeli pemain lain ialah dengan menjual Hazard. - Foto REUTERS LONDON: Chelsea perlu menjual penyerang, Eden Hazard bagi membolehkan kelab membeli pemain lain, menurut bekas penolong jurulatih, Steve Clarke. Hazard, 27, muncul wira ketika Blues menewaskan Manchester United 1-0 dalam aksi final Piala FA di Wembley, Sabtu lalu. Bagaimanapun, kelab itu hanya mampu menduduki tangga kelima liga sekali gus gagal mencuri slot ke Liga Juara-juara musim depan dan Clarke memberitahu  BBC Radio 5 , mereka perlu membina semula kelab itu pada musim panas ini. Penjaga gol, Thibaut Courtois turut mendesak pihak pengurusan membuat pelaburan demi kebaikan kelab. "Kita tunggu selepas Piala Dunia. Adakah saya masih kekal di sini untuk musim depan," kata pemain Belgium berusia 26 tahun itu yang kontraknya di Stamford Bridge tamat pada musim panas depan. ...

'Jual Hazard, beli pemain lain'

LONDON: Chelsea perlu menjual penyerang, Eden Hazard bagi membolehkan kelab membeli pemain lain, menurut bekas penolong jurulatih, Steve Clarke. Hazard, 27, muncul wira ketika Blues menewaskan Manchester United 1-0 dalam aksi final Piala FA di Wembley, Sabtu lalu. Bagaimanapun, kelab itu hanya mampu menduduki tangga kelima liga sekali gus gagal mencuri slot ke Liga Juara-juara musim depan dan Clarke memberitahu BBC Radio 5, mereka perlu membina semula kelab itu pada musim panas ini. Penjaga gol, Thibaut Courtois turut mendesak pihak pengurusan membuat pelaburan demi kebaikan kelab. "Kita tunggu selepas Piala Dunia. Adakah saya masih kekal di sini untuk musim depan,” kata pemain Belgium berusia 26 tahun itu yang kontraknya di Stamford Bridge tamat pada musim panas depan. "Anda tengok Manchester City dan Manchester United berbelanja besar dan terbukti menjadi. Jika kami mahu berjaya seperti itu, kami perlu melakukan perkara sama,” katanya. Hazard yang kontraknya...

Piala FA penyelamat musim Chelsea

PARA pemain Chelsea meraikan kejayaan menjulang Piala FA selepas menewaskan United 1-0 pada aksi final di Stadium Wembley awal pagi semalam. LONDON – Chelsea berjaya menamatkan saingan musim ini dengan satu trofi apabila menjuarai saingan Piala FA selepas menewaskan Manchester United 1-0 pada aksi final di Stadium Wembley awal pagi semalam. Jaringan tunggal pemain sayap, Eden Hazard yang menyempurnakan sepakan penalti pada separuh masa pertama berjaya mengurangkan tekanan dihadapi pengurus, Antonio Conte. Kapten Chelsea, Gary Cahill mengakui kemenangan itu juga sedikit sebanyak mengubat duka skuad  The Blues  yang gagal melayakkan diri ke Liga Juara-Juara selepas menamatkan saingan Liga Perdana England di tempat kelima. “Anda semua boleh lihat betapa pentingnya kejuaraan ini buat kami, penyokong serta seluruh staf. Trofi Piala FA boleh dianggap sebagai penyelamat kami pada saingan musim ini dan saya gembira untuk memenanginya. “Kami bukannya angkuh te...

'Chelsea perlu belanja besar'

PENJAGA gol Chelsea, Thibaut Courtois percaya juara Piala FA itu perlu berbelanja besar jika mahu mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan. Penalti Eden Hazard pada minit ke-22 menyaksikan Chelsea menewaskan Manchester United 1-0 di pentas final, semalam sekali gus menamatkan kempen dengan sebutir kejuaraan. Tetapi hakikat pahit yang tidak boleh diketepikan adalah kelab dari London yang menjuarai liga pada musim sebelumnya menutup saingan kali ini di tangga kelima dan ketinggalan 30 mata di belakang juara serta terlepas tiket Liga Juara-Juara. Ketika khabar angin membabitkan Antonio Conte akan meninggalkan kelab itu terus bertiup kencang, bukan rahsia betapa gergasi Sepanyol, Real Madrid berminat untuk mendapatkan khidmat Courtois. Dan pemain berusia 26 tahun dari Belgium itu ketika ditanya mengenai masa depan bersama The Blues enggan memberi jaminan sama ada dia akan kekal di kelab berkenaan. “Seperti saya katakan pada minggu atau bulan lalu, sa...

Courtois gesa Chelsea belanja besar

PENJAGA gol Chelsea, Thibaut Courtois. - Foto Reuters LONDON: Penjaga gol Chelsea, Thibaut Courtois percaya juara Piala FA itu perlu berbelanja besar jika mahu mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan. Penalti Eden Hazard pada minit ke-22 menyaksikan Chelsea menewaskan Manchester United 1-0 di pentas final, semalam sekali gus menamatkan kempen dengan sebutir kejuaraan. Tetapi hakikat pahit yang tidak boleh diketepikan adalah kelab dari London yang menjuarai liga pada musim sebelumnya menutup saingan kali ini di tangga kelima dan ketinggalan 30 mata di belakang juara serta terlepas tiket Liga Juara-Juara. Ketika khabar angin membabitkan Antonio Conte akan meninggalkan kelab itu terus bertiup kencang, bukan rahsia betapa gergasi Sepanyol, Real Madrid berminat untuk mendapatkan khidmat Courtois. Dan pemain berusia 26 tahun dari Belgium itu ketika ditanya mengenai masa depan bersama The Blues enggan memberi jaminan sama ada dia a...

Hazard muncul wira, Chelsea julang Piala FA

KAPTEN Chelsea, Gary Cahill menjulang trofi Piala FA sambil diraikan rakan sepasukannya selepas menewaskan Manchester United 1-0 dalam aksi final di Stadium Wembley, London, kelmarin. AFP LONDON 20 Mei – Eden Hazard memastikan musim hambar Chelsea berakhir dengan catatan gemilang dengan menjulang Piala FA hasil kemenangan 1-0 ke atas Manchester United dalam perlawanan akhir semalam. Beberapa hari selepas kerap diragui mengenai masa depan di Chelsea, Hazard menjaringkan gol daripada sepakan penalti pada minit ke-22 di Stadium Wembley di sini selepas dijatuhkan oleh Phil Jones. Sama ada Hazard kekal sebagai pemain Chelsea musim depan bakal bergantung sama ada ‘pemain bagus’ itu ditandatangani di luar musim, berdasarkan ulasan tonggak bahagian sayap itu sebelum perlawanan. Antonio Conte juga tampak kian tidak mungkin menjadi pengurus yang mengendalikan perjanjian perpindahan itu kerana warga Itali tersebut dijangka beredar selepas dua musim biarpun meraih kejuara...

MBA rai kejayaan Chelsea

SHAH ALAM: Bukan setakat di London, kejayaan Chelsea merangkul Piala FA dengan menundukkan Manchester United awal pagi tadi turut sama diraikan penyokong The Blues di negara ini. Kira-kira 80 ahli kelab penyokong Chelsea, Malaysia Blues Army (MBA) sanggup bersengkang mata menyaksikan perlawanan penuh berprestij itu yang ditayangkan di skrin besar dekat Khulafa Bistro, Shah Alam. Nyata ‘pengorbanan’ mereka menonton perlawanan yang berakhir kira kira jam 2.15 pagi itu berbaloi apabila skuad bimbingan Antonio Conte berjaya merangkul Piala FA sekali gus mengelak daripada pulang tangan kosong musim ini. Ketua Unit Publisiti MBA, Dinie Haiqal Azhar menyifatkan kemenangan Piala FA itu sebagai pengubat duka terutamanya selepas pasukan itu sekadar menamatkan saingan liga di tangga kelima dan terlepas peluang ke Liga Juara Juara musim depan. “Memang berdebar menantikan perlawanan tamat apatah lagi selepas United kerap mengasak Chelsea pada babak kedua dan sudah dibolosi namun mujurl...

Tunggu apa kata Abramovich

LONDON: Antonio Conte memberi amaran kepada Chelsea bahawa dia tidak akan mengubah permintaannya dengan jurulatih yang menghadiahkan kejuaraan Piala FA buat The Blues itu menunggu keputusan sama ada dia akan dipecat atau tidak. Conte mengakhiri musim bermasalah dengan catatan terbaik selepas kejayaan Chelsea menewaskan Manchester United 1-0 pada final Piala FA, awal pagi tadi di Wembley. Sepakan penalti pada babak pertama yang disudahkan Eden Hazard sudah cukup untuk Conte merangkul trofi kedua selepas dua tahun tugasnya bersama The Blues. Sama ada kejayaan di Piala FA cukup untuk meyakinkan pemilik Chelsea, Roman Abramovich untuk tidak memecat Conte, keraguan terhadap pengurus dari Itali itu tetap kekal selepas skuadnya menamatkan Liga Perdana di kedudukan kelima dan gagal melayakkan diri ke Liga Juara-Juara. Conte mengalami perselisihan dengan pengurusan kelab itu yang gagal menjayakan perancangan perpindahan dimahukan selepas kejayaan merangkul gelaran Liga Perd...

Hazard wira The Blues

JARINGAN penalti Eden Hazard pada babak pertama perlawanan menghadiahkan Chelsea kejuaraan Piala FA selepas menewaskan Manchester United 1-0 di Wembley, sebentar tadi. Ia adalah Piala FA kelapan dimenangi Chelsea sekali gus memastikan skuad kendalian Antonio Conte itu mengubat duka gagal melayakkan diri ke saingan Liga Juara-Juara musim depan. Gol kemenangan itu berpunca daripada serangan balas apabila Hazard yang membuat larian solo dijatuhkan pertahanan United Phil Jones di dalam kotak penalti untuk pengadil perlawanan Michael Olivier menghadiahkan sepakan itu pada minit ke-22. Dan Hazard yang diangkat sebagai pemain terbaik perlawanan akhir menolak mudah ke sebelah kiri gawang untuk mengelirukan penjaga gol United, David de Gea. United berjaya memecah kebuntuan tetapi gol yang dijaringkan Alexis Sanchez pada minit ke-62 dibatalkan berikutan ofsaid. The Blues turut mempunyai peluang terbaik untuk menggandakan jaringan pada minit ke-70 tetapi percubaan situasi satu lawa...

Lukaku tiada dalam kesebelasan utama

PENYERANG, Romelu Lukaku mengisi bangku simpanan Manchester United bagi pertembungan final Piala FA bertemu Chelsea di Wembley, sebentar lagi. Lukaku terlepas tiga perlawanan terakhir United selepas mengalami kecederaan buku lali ketika bertemu Arsenal, bulan lalu menyaksikan pengurus, Jose Mourinho memutuskan dia belum bersedia untuk berada dalam kesebelasan utama. Tempat pemain Belgium itu diisi penyerang England, Marcus Rashford yang akan bergandingan dengan Alexis Sanchez dan Jesse Lingard bagi menawarkan sokongan terhadap jentera serangan United. Ketiadaan Lukaku jelas satu tamparan buat United untuk memenangi trofi ke-13 Piala FA. Chelsea dalam pada itu membariskan penyerang Perancis, Olivier Giroud bagi menjana serangan menggantikan penyerang Sepanyol, Alvaro Morata. Penjaga gol, Thibaut Courtois juga membuat penampilan sulung dalam kancah Piala FA musim ini menggantikan Willy Caballero. BERIKUT SENARAI KESEBELASAN UTAMA KEDUA-DUA PASUKAN. Chelsea: Thibaut Cou...

Conte beri amaran tidak akan berubah

PENGURUS Chelsea, Antonio Conte menjulang trofi selepas pasukannya menewaskan Manchester United pada final Piala FA di Wembley, awal pagi tadi. - Foto AFP LONDON: Antonio Conte memberi amaran kepada Chelsea bahawa dia tidak akan mengubah permintaannya dengan jurulatih yang menghadiahkan kejuaraan Piala FA buat The Blues itu menunggu keputusan sama ada dia akan dipecat atau tidak. Conte mengakhiri musim bermasalah dengan catatan terbaik selepas kejayaan Chelsea menewaskan Manchester United 1-0 pada final Piala FA, awal pagi tadi di Wembley. Sepakan penalti pada babak pertama yang disudahkan Eden Hazard sudah cukup untuk Conte merangkul trofi kedua selepas dua tahun tugasnya bersama The Blues. Sama ada kejayaan di Piala FA cukup untuk meyakinkan pemilik Chelsea, Roman Abramovich untuk tidak memecat Conte, keraguan terhadap pengurus dari Itali itu tetap kekal selepas skuadnya menamatkan Liga Perdana di kedudukan kelima dan gagal melayakkan diri ke Liga Jua...

'Mereka tak berhak menang' - Mourinho

PENGURUS Manchester United, Jose Mourinho. - Foto AFP WEMBLEY, United Kingdom: Pengurus Manchester United, Jose Mourinho berasa malu dengan taktik seteru lamanya, Antonio Conte ketika pasukannya gagal memecahkan benteng kebal Chelsea ketika tewas final Piala FA, 1-0 awal pagi tadi. Penalti minit ke-22 Eden Hazard menjadi pemisah antara pasukan berkenaan dan memastikan musim kedua Mourinho di Old Trafford berakhir tanpa trofi. United melalui musim Liga Perdana jauh lebih baik berbanding Chelsea ketika skuad kendalian Conte gagal ke Liga Juara-Juara apabila menamatkan saingan di tangga kelima setahun selepas bergelar juara. Walaupun menamatkan saingan di tangga kedua liga di belakang Manchester City, pendekatan Mourinho banyak dikritik musim ini kerana kurang sentuhan dan permainan menarik seperti ditunjukkan City dan finalis Liga Juara-Juara, Liverpool. "Saya mengucapkan tahniah kepada mereka kerana mereka menang tetapi saya tidak rasa mereka berhak menang,...

Lukaku di bangku simpanan, Giroud ganti Morata

Romelu Lukaku LONDON: Penyerang, Romelu Lukaku mengisi bangku simpanan Manchester United bagi pertembungan final Piala FA bertemu Chelsea di Wembley, sebentar lagi. Lukaku terlepas tiga perlawanan terakhir United selepas mengalami kecederaan buku lali ketika bertemu Arsenal, bulan lalu menyaksikan pengurus, Jose Mourinho memutuskan dia belum bersedia untuk berada dalam kesebelasan utama. Tempat pemain Belgium itu diisi penyerang England, Marcus Rashford yang akan bergandingan dengan Alexis Sanchez dan Jesse Lingard bagi menawarkan sokongan terhadap jentera serangan United. Ketiadaan Lukaku jelas satu tamparan buat United untuk memenangi trofi ke-13 Piala FA. Chelsea dalam pada itu membariskan penyerang Perancis, Olivier Giroud bagi menjana serangan menggantikan penyerang Sepanyol, Alvaro Morata. Penjaga gol, Thibaut Courtois juga membuat penampilan sulung dalam kancah Piala FA musim ini menggantikan Willy Caballero. Berikut senarai kesebelasan utama...

Hazard julang Chelsea

LONDON: Jaringan penalti Eden Hazard pada babak pertama perlawanan menghadiahkan Chelsea kejuaraan Piala FA selepas menewaskan Manchester United 1-0 di Wembley, sebentar tadi. Ia adalah Piala FA kelapan dimenangi Chelsea sekali gus memastikan skuad kendalian Antonio Conte itu mengubat duka gagal melayakkan diri ke saingan Liga Juara-Juara musim depan. Gol kemenangan itu berpunca daripada serangan balas apabila Hazard yang membuat larian solo dijatuhkan pertahanan United Phil Jones di dalam kotak penalti untuk pengadil perlawanan Michael Olivier menghadiahkan sepakan itu pada minit ke-22. Dan Hazard yang diangkat sebagai pemain terbaik perlawanan akhir menolak mudah ke sebelah kiri gawang untuk mengelirukan penjaga gol United, David de Gea. United berjaya memecah kebuntuan tetapi gol yang dijaringkan Alexis Sanchez pada minit ke-62 dibatalkan berikutan ofsaid. The Blues turut mempunyai peluang terbaik untuk menggandakan jaringan pada minit ke-70 tetapi percubaan situas...

Chelsea 1-0 Manchester United - Antonio Conte Full Post Match Press Conference - FA Cup Final

Chelsea 1-0 Manchester United - Jose Mourinho Full Post Match Press Conference - FA Cup Final

WAWANCARA PEMAIN DAN PELATIH AFTER FINAL FA CUP 2018 HD

PENYERAHAN PIALA FA 2018 DAN SELEBRASI KEMENANGAN CHELSEA FULL HD

СН3LSЕА VS МАNСН3SТЕR UN1ТЕD 1-0 - HIGHLIGHTS & GOALS RESUMEN & GOLES 2018 HD

Juventus idam Morata

JUVENTUS melakukan persediaan untuk membawa Alvaro Morata kembali ke Serie A selepas mengharungi musim pertama yang sukar di Chelsea. Morata memulakan kehidupan di Stamford Bridge dengan cara prolifik selepas perpindahannya dari Real Madrid pada musim panas lalu, menjaringkan enam gol dalam enam penampilan pertama, namun bergelut untuk mengekalkan prestasinya. Ketibaan Olivier Giroud membawa persaingan baru buat pemain Sepanyol itu yang menyaksikan dia lebih kerap berada di bangku simpanan. The Independent melaporkan Massimiliano Allegri berminat untuk menawarkan Morata laluan keluar dari barat London dan kembali ke Turin. Morata menghabiskan dua musim di Serie A bersama Juventus, menjaringkan 27 gol dalam 93 perlawanan di semua pertandingan. Bagaimanapun, Allegri yang komited untuk kekal bersama bersama juara Itali itu walaupun Chelsea dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmatnya, sedang berusaha untuk memperbaiki skuad dengan melihat untuk mencabar kejuaraan L...

Antonio Conte's press conference | FA Cup Final

Morata kembali ke Itali?

Alvaro Morata. LONDON: Juventus melakukan persediaan untuk membawa Alvaro Morata kembali ke Serie A selepas mengharungi musim pertama yang sukar di Chelsea. Morata memulakan kehidupan di Stamford Bridge dengan cara prolifik selepas perpindahannya dari Real Madrid pada musim panas lalu, menjaringkan enam gol dalam enam penampilan pertama, namun bergelut untuk mengekalkan prestasinya. Ketibaan Olivier Giroud membawa persaingan baru buat pemain Sepanyol itu yang menyaksikan dia lebih kerap berada di bangku simpanan. The Independent melaporkan Massimiliano Allegri berminat untuk menawarkan Morata laluan keluar dari barat London dan kembali ke Turin. Morata menghabiskan dua musim di Serie A bersama Juventus, menjaringkan 27 gol dalam 93 perlawanan di semua pertandingan. Bagaimanapun, Allegri yang komited untuk kekal bersama bersama juara Itali itu walaupun Chelsea dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmatnya, sedang berusaha untuk memperbaiki skuad dengan melihat untuk...

FA CUP FINAL CHELSEA VS MANCHESTER UNITED SUNDAY, 20.5.2018 @ 00 : 15 WEMBLEY STADIUM

         VS  FA CUP FINAL CHELSEA 1-0 MANCHESTER UNITED EDEN HAZARD (22) PEN; SUNDAY, 20.5.2018 @ 00 : 15 WEMBLEY STADIUM

'Saya hanya fikir kejuaraan'

PENGURUS Chelsea, Antonio Conte menjelaskan beliau hanya memberi tumpuan untuk memastikan pasukannya menamatkan musim ini dengan trofi menjelang aksi final Piala FA berdepan Manchester United dan enggan mengulas mengenai spekulasi masa depannya di Stamford Bridge. Kekalahan 0-3 di Newcastle United pada hari terakhir Liga Perdana musim ini menamatkan harapan Chelsea layak ke Liga Juara-Juara musim depan. Menurut laporan media British, Conte dijangka meninggalkan pasukan berkenaan pada akhir kempen selepas tidak setuju dengan dasar perpindahan kelab. Ketika ditanya adakah aksi final di Wembley akan menjadi perlawanan terakhirnya bersama Chelsea, Conte berkata: “Saya tidak tahu. “Sudah tentu saya fikir kami perlu fokus pada perlawanan esok. Bagi kami perlawanan ini sangat penting selepas mengharungi musim yang sukar, untuk menutup musim dengan trofi. “Ia sentiasa penting untuk pemain, jurulatih, pengurus, peminat kami dan kelab untuk menamatkan musim dengan menjulang tr...

Conte tumpu trofi, enggan ulas masa depan

ANTONIO Conte. - Foto Reuters LONDON: Pengurus Chelsea, Antonio Conte menjelaskan beliau hanya memberi tumpuan untuk memastikan pasukannya menamatkan musim ini dengan trofi menjelang aksi final Piala FA berdepan Manchester United dan enggan mengulas mengenai spekulasi masa depannya di Stamford Bridge. Kekalahan 0-3 di Newcastle United pada hari terakhir Liga Perdana musim ini menamatkan harapan Chelsea layak ke Liga Juara-Juara musim depan. Menurut laporan media British, Conte dijangka meninggalkan pasukan berkenaan pada akhir kempen selepas tidak setuju dengan dasar perpindahan kelab. Ketika ditanya adakah aksi final di Wembley akan menjadi perlawanan terakhirnya bersama Chelsea, Conte berkata: "Saya tidak tahu. "Sudah tentu saya fikir kami perlu fokus pada perlawanan esok. Bagi kami perlawanan ini sangat penting selepas mengharungi musim yang sukar, untuk menutup musim dengan trofi. "Ia sentiasa penting untuk pemain, jurulatih, pengurus, ...

Hazard harapan Conte untuk pulih maruah

EDEN HAZARD menjadi pertaruhan utama Chelsea dalam perlawanan akhir Piala FA di Wembley, London hari ini meskipun prestasinya tidak sehebat seperti pada musim lalu. LONDON 18 Mei – Antonio Conte, yang berada dalam situasi sukar untuk menamatkan musim ini dengan catatan baik, terpaksa bergantung harap kepada Eden Hazard untuk menyelamatkan maruahnya dalam perlawanan akhir Piala Fa menentang Manchester United esok. Selepas menamatkan kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan sekadar menghuni tempat kelima, sekali gus terlepas slot automatik ke Liga Juara-juara musim depan, menjulang Piala FA dilihat sebagai peluang untuk Chelsea menamatkan musim ini dengan lebih bermaruah. Dengan Conte dilaporkan semakin hampir untuk meninggalkan The Blues berikutan perbalahan dengan pengurusan tertinggi kelab berkaitan perpindahan pemain, sebahagian pemerhati berpendapat Chelsea sedang meniti tempoh kemerosotan yang mereka sendiri ciptakan. Walaupun kemenangan di Wembley esok tidak aka...