Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2018

Morata intai slot terbaik Blues

LONDON: Musim pertama Alvaro Morata di Chelsea gagal mengikut perancangan, namun penyerang itu berazam untuk bangkit ‘bertarung’ menjelang kempen baharu musim 2018-2019. Pemain berusia 25 tahun itu berdepan kritikan pada musim sulungnya dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), selepas berdepan cabaran menggantikan penyerang prolifik, Diego Costa dan dia hanya menjaringkan 11 gol dalam saingan liga. Menerusi laman sosial Instagram rasminya, Morata menepis laporan dia mahu mencari jalan keluar, sebaliknya berjanji untuk kembali dengan lebih kuat pada musim 2018-2019. “Sangat menarik untuk bermula sekali lagi,” katanya. “Apa yang sudah berlalu sangat sukar tetapi itu hanya satu lagi sebab untuk kembali bertarung.” Prestasi kurang memberangsangkan Morata menyaksikan dia disingkirkan di bawah kendalian pengurus, Antonio Conte, terutama pada babak kedua musim. Krisis keyakinan di depan gawang menyebabkan dia juga tidak disenaraikan dalam skuad 23 pemain Sepanyol ke Piala D...

Morata kembali bangkit rebut tempat di Chelsea

Alvaro Morata. LONDON: Musim pertama Alvaro Morata di Chelsea gagal mengikut perancangan, namun penyerang itu berazam untuk bangkit 'bertarung' menjelang kempen baharu musim 2018-2019. Pemain berusia 25 tahun itu berdepan kritikan pada musim sulungnya dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), selepas berdepan cabaran menggantikan penyerang prolifik, Diego Costa dan dia hanya menjaringkan 11 gol dalam saingan liga. Menerusi laman sosial Instagram rasminya, Morata menepis laporan dia mahu mencari jalan keluar, sebaliknya berjanji untuk kembali dengan lebih kuat pada musim 2018-2019. "Sangat menarik untuk bermula sekali lagi," katanya. "Apa yang sudah berlalu sangat sukar tetapi itu hanya satu lagi sebab untuk kembali bertarung." Prestasi kurang memberangsangkan Morata menyaksikan dia disingkirkan di bawah kendalian pengurus, Antonio Conte, terutama pada babak kedua musim. Krisis keyakinan di depan gawang menyebabkan dia jug...

Conte bakal dipecat, Sarri calon pengganti

ANTONIO Conte. LONDON: Antonio Conte bakal dipecat sebagai pengurus Chelsea dalam tempoh beberapa hari lagi dengan Maurizio Sarri dijangka menggantikannya, menurut laporan media Britain hari ini. Conte sedang bercuti tetapi akan diberitahu khidmatnya tidak lagi diperlukan walaupun berjaya memenangi Piala FA musim lalu dengan menjadikan kegagalannya menukar gaya pengurusan sebagai punca. Sarri yang juga bekas pegawai bank, dikaitkan dengan posisi itu sebelum melepaskan jawatan di Napoli selepas menjulang skuad dari Naples itu menamatkan saingan Serie A di tempat kedua di belakang Juventus. Keputusan memecat dan membawa masuk kedua-dua individu itu pastinya akan menelan kos yang besar daripada pemilik Chelsea Roman Abramovich. Conte akan mendapat pampasan 9 juta pound (RM 47.7 juta) sekiranya tidak menerima tawaran baharu daripada kelab lain dan Napoli pula akan berhutang dengan Sarri kerana kontraknya masih belum berakhir. Walaupun ma...

Sarri hampir pasti 'singkir' Conte

ANTONIO Conte bakal dipecat sebagai pengurus Chelsea dalam tempoh beberapa hari lagi dengan Maurizio Sarri dijangka menggantikannya, menurut laporan media Britain hari ini. Conte sedang bercuti tetapi akan diberitahu khidmatnya tidak lagi diperlukan walaupun berjaya memenangi Piala FA musim lalu dengan menjadikan kegagalannya menukar gaya pengurusan sebagai punca. Sarri yang juga bekas pegawai bank, dikaitkan dengan posisi itu sebelum melepaskan jawatan di Napoli selepas menjulang skuad dari Naples itu menamatkan saingan Serie A di tempat kedua di belakang Juventus. Keputusan memecat dan membawa masuk kedua-dua individu itu pastinya akan menelan kos yang besar daripada pemilik Chelsea Roman Abramovich. Conte akan mendapat pampasan 9 juta pound (RM 47.7 juta) sekiranya tidak menerima tawaran baharu daripada kelab lain dan Napoli pula akan berhutang dengan Sarri kerana kontraknya masih belum berakhir. Walaupun masih belum ada pengesahan daripada kelab berkenaan,...

Abramovich tak rela jual Chelsea

PEMILIK Chelsea, Roman Abramovich masih komited dengan The Blues yang dinilai sekitar RM5.35 bilion. LONDON: Pemilik Chelsea, Roman Abramovich menolak tawaran lelaki terkaya Britain untuk membeli kelab berkenaan, lapor media Britain. Akhbar  Daily Mail  melaporkan yang Jim Ratcliffe, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan petrokimia Ineos meluahkan hasrat untuk membeli kelab yang dimiliki jutawan Russia itu selama 15 tahun. Masa depan Chelsea menjadi tidak menentu sejak Abramovich berdepan kesulitan untuk mendapatkan visa United Kingdom (UK) yang menyebabkannya terlepas aksi final Piala FA menentang Manchester United, bulan lalu. Penangguhan pembaharuan visa pelaburan UK, yang dikaitkan dengan hubungan dingin UK-Russia membawanya memohon kerakyatan Israel yang sudah diluluskan bulan lalu. Pemegang pasport Israel boleh memasuki Britain tanpa visa untuk kunjungan tempoh singkat tetapi mereka memerlukan visa jika bekerja di sana. ...

'Apa da jadi The Blues...'

Ketika pencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris giat memperkuatkan pasukan masing-masing untuk menghadapi musim depan, Chelsea pula berdepan masalah susulan kedudukan pengurus Antonio Conte dan pemilik Roman Abramovich yang tidak menentu. Kedudukan di tangga kelima selepas setahun merangkul gelaran liga dalam musim pertama Conte, ramai menjangkakan aksi final Piala FA adalah penampilan terakhir pengurus dari Itali itu mengendalikan Chelsea meskipun berjaya mengalahkan Manchester United 1-0. Bagaimanapun, dua minggu berlalu, masih belum ada keputusan membabitkan kedudukan Conte dengan bekas pengurus Paris Saint-Germain, Laurent Blanc dan Maurizio Sarri yang baru digantikan oleh Carlo Ancelotti di Napoli kini dikaitkan sebagai pengganti. Kelewatan dalam membuat keputusan itu dikatakan berpunca dengan masalah jutawan Russia Abramovich memperbaharui visa British yang sebelum ini menjadi penyumbang dana terbesar dalam memastikan kejayaan Chelsea sejak mengambil alih kelab pada 20...

Chelsea mungkin 'hilang' Conte, Abramovich

ANTONIO CONTE LONDON: Ketika pencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris giat memperkuatkan pasukan masing-masing untuk menghadapi musim depan, Chelsea pula berdepan masalah susulan kedudukan pengurus Antonio Conte dan pemilik Roman Abramovich yang tidak menentu. Kedudukan di tangga kelima selepas setahun merangkul gelaran liga dalam musim pertama Conte, ramai menjangkakan aksi final Piala FA adalah penampilan terakhir pengurus dari Itali itu mengendalikan Chelsea meskipun berjaya mengalahkan Manchester United 1-0. Bagaimanapun, dua minggu berlalu, masih belum ada keputusan membabitkan kedudukan Conte dengan bekas pengurus Paris Saint-Germain, Laurent Blanc dan Maurizio Sarri yang baru digantikan oleh Carlo Ancelotti di Napoli kini dikaitkan sebagai pengganti. Kelewatan dalam membuat keputusan itu dikatakan berpunca dengan masalah jutawan Russia Abramovich memperbaharui visa British yang sebelum ini menjadi penyumbang dana terbesar dalam memastikan ...