SWANSEA: Olivier Giroud bermula di bangku simpanan ketika berkunjung ke Swansea awal pagi tadi beberapa jam selepas laporan menyatakan penyerang Perancis itu bersetuju berpindah ke Chelsea dengan harga STG18 juta (RM99.34 juta). Dengan penyerang Borussia Dortmund, Pierre-Emerick Aubameyang dalam genggaman, pengurus Gunners, Arsene Wenger sedia melepaskan Giroud tetapi masih menyenaraikan pemain itu sebagai pemain simpanan di Stadium Liberty. Chelsea berminat mendapatkan Giroud sebelum tamat tempoh jendela perpindahan dengan penyerang Blues, Michy Batshuayi berkemungkinan menuju Borussia. Kedatangan Aubameyang di saat akhir sudah dijangka kerana Gunners mahu mendapatkan terlebih dahulu pengganti sebelum melepaskan Giroud. Laporan menyatakan kelab utara London itu membayar STG55 juta (RM303.55 juta) sekali gus memecahkan rekod perpindahan buat kali kedua dalam masa enam bulan selepas membeli Alexandre Lacazette dari Lyon. Walapun Dortmund berminat mendapatkan Giroud namun Chel...