Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2018

Conte kembali ke Itali?

PENGURUS Chelsea Antonio Conte pilihan nombor satu Itali bagi jawatan ketua jurulatih kebangsaan, dedah Naib Pesuruhjaya Persekutuan Bolasepak Itali (FIGC), Alessandro Costacurta, semalam. “Saya belum membuat pilihan tetapi saya fikir Conte adalah yang terbaik,” kata Costacurta kepada Gazzetta dello Sport. “Saya sudah pasti akan bercakap dengannya dalam masa beberapa bulan lagi.” Bekas bintang AC Milan, Costacurta diberikan tugas untuk mencari pengganti kepada Gian Piero Ventura yang dipecat selepas kegagalan Itali ke Piala Dunia. Conte, 48, mengemudi Itali pada 2014 dan membawa skuadnya ke suku akhir Euro 2016 sebelum mengambil alih tugas mengendali Chelsea. Calon-calon lain termasuklah Roberto Mancini, Claudio Ranieri dan Carlo Ancelotti. “(Conte) sudah pun menunjukkan dia tahu bagaimana untuk menjadi jurulatih skuad kebangsaan ketika pilihan lain tidak memilikinya,” kata Costacurta. Conte mengemudi Chelsea kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim perta...

Conte pilihan terbaik

CONTE calon pilihan kemudi pasukan Itali. - FOTO REUTERS MILAN: Pengurus Chelsea, Antonio Conte pilihan nombor satu Itali bagi jawatan ketua jurulatih kebangsaan, dedah Naib Pesuruhjaya Persekutuan Bolasepak Itali (FIGC), Alessandro Costacurta, semalam. "Saya belum membuat pilihan tetapi saya fikir Conte adalah yang terbaik," kata Costacurta kepada Gazzetta dello Sport. "Saya sudah pasti akan bercakap dengannya dalam masa beberapa bulan lagi." Bekas bintang AC Milan, Costacurta diberikan tugas untuk mencari pengganti kepada Gian Piero Ventura yang dipecat selepas kegagalan Itali ke Piala Dunia. Conte, 48, mengemudi Itali pada 2014 dan membawa skuadnya ke suku akhir Euro 2016 sebelum mengambil alih tugas mengendali Chelsea. Calon-calon lain termasuklah Roberto Mancini, Claudio Ranieri dan Carlo Ancelotti. "(Conte) sudah pun menunjukkan dia tahu bagaimana untuk menjadi jurulatih skuad kebangsaan ketika pilihan lain tidak...

Chelsea sanggup RM1.6 juta, kalau Real?

CHELSEA terus memberi tekanan dengan tawaran lumayan untuk menyakinkan Eden Hazard agar mempersetujui kontrak baru. Kelab Stamford Bridge itu sudah memperbaharui perjanjian pemain Belgium itu sebagai keutamaan dalam usaha merombak semula skuad pada musim panas. Hazard, 27 mempunyai kontrak bersama kelab sehingga 2020. Pemain Belgium dianggar bernilai £200j (RM1 bilion) itu ditawar kontrak baru sekitar £300,000 (RM1.6 juta) seminggu termasuk bonus. Hazard menjadi sasaran perpindahan bersama pemain Bayern Munich, Robert Lewandowski dan rakan senegara serta sepasukan Hazard, Thibaut Courtois untuk dibawa ke Real Madrid tetapi kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu mahu dua pemain terbabit kekal berada bersama mereka. Hazard berulang kali mengatakan dia gembira di Chelsea biarpun difahamkan masih menunggu apa mampu ditawarkan oleh Madrid. Jurulatih kelab gergasi Sepanyol itu Zinedine Zidane adalah peminat sentiasa mengikuti perkembangan Hazard. Bagaimanapun kedudukan peng...

Lukaku buktikan masih berbisa

PENYERANG Manchester United, Romelu Lukaku menyepak masuk gol pertama pasukannya ketika menentang Chelsea dalam perlawanan Liga Perdana di Old Trafford, Manchester semalam. Manchester menang 2-1. – AFP MANCHESTER 26 Feb. - Romelu Lukaku menutup mulut pengkritik yang selama ini mempersoalkan keupayaannya apabila menjaringkan gol serta membantu Jesse Lingard membolosi gawang lawan ketika membantu Manchester United bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Chelsea 2-1. Penyerang Belgium itu tidak menjaringkan gol dalam enam penampilannya menentang enam pasukan teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) sehingga ada yang menganggapnya hanya mampu menyerlah ketika menentang kelab bawahan sahaja. Bagaimanapun, Lukaku telah meledak 22 gol dalam semua pertandingan sejak melengkapkan perpindahan bernilai 75 juta pound (RM410 juta) daripada Everton pada Julai lalu. “Tidak teruk pun kerana anda boleh sentiasa memperbaiki tahap prestasi. Saya mahu melakukan lebih baik untuk kel...

Lukaku 'sumbat bola dalam mulut pengkritik'

MANCHESTER: Romelu Lukaku menutup mulut pengkritik yang meragui kemampuannya berdepan lawan hebat dengan menjaringkan gol dan membantu gol kemenangan Jesse Lingard ketika Manchester United bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Chelsea 2-1 semalam. Lukaku tidak menjaringkan sebarang gol dalam enam perlawanan terdahulu berdepan enam pasukan terbaik Liga Perdana Inggeris bersama United mencetuskan andaian bahawa dia hanya mampu membuli pasukan lemah. Bagaimanapun Lukaku kini  menjaringan 22 gol dlam semua kejohanan sejak berpindah dari Everton Julai lalu dengan bayaran £75 juta (RM410.2 juta). “Ia tidak terusk tetapi anda sentiasa boleh perbaiki,” kata Lukaku mengenai jaringannya setakat ini. “Saya ingin melakukan yang terbaik untuk pasukan. Pada akhirnya, saya berada di Manchester United dan mahu memenangi trofi. Itu yang penting.” Pengurus United Jose Mourinho begitu berlebih-lebihan dalam memuji Lukaku apabila prestasi peribadinya membayangkan aksi tuan ruma...

Manchester United 2-1 Chelsea - Jose Mourinho Full Post Match Press Conference - Premier League

Manchester United 2-1 Chelsea - Antonio Conte Full Post Match Press Conference - Premier League

Hasil Pertandingan Tadi Malam (2-1)_Highlight & All Goal_(24-02-2018)

Jabat tangan tanda damai

MANCHESTER: Pengurus Manchester United Jose Mourinho percaya adalah penting buat beliau dan rakan sejawatannya di Chelsea Antonio Conte melupakan perbalahan mereka dengan bersalaman sebelum dan selepas perlawanan yang menyaksikan kemenangan United 2-1 semalam. Pertelagahan Mourinho dan Conte mencapai kemuncaknya bulan lalu apabila jurulatih Portugal itu memetik pertuduhan yang dibawa Persekutuan Bolasepak Itali pada 2012 bahawa Conte gagal melaporkan insiden mengatur perlawanan membabitkan kelab lamanya Siena pada musim 2010-11. Conte yang pernah mengendalikan Juventus menerima hukuman awal penggantungan 10 bulan yang kemudiannya dikurangkan kepada empat bulan sebelum kes itu digugurkan pada 2016. Conte membalasnya dengan memanggil Mourinho ‘lelaki kerdil’ namun kedua-duanya saling tersenyum sebelum perlawanan dan berdakapan selepas itu apabila United bangkit daripada ketinggalan untuk menang di Old Trafford hasil jaringan Romelu Lukaku dan Jesse Lingard. SUASANA ketika ...

Lukaku tutup mulut pengkritik

LUKAKU (dua dari kanan) menjaring gol pertama United. FOTO/AFP MANCHESTER: Romelu Lukaku menutup mulut pengkritik yang meragui kemampuannya berdepan lawan hebat dengan menjaringkan gol dan membantu gol kemenangan Jesse Lingard ketika Manchester United bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Chelsea 2-1 semalam. Lukaku tidak menjaringkan sebarang gol dalam enam perlawanan terdahulu berdepan enam pasukan terbaik Liga Perdana Inggeris bersama United mencetuskan andaian bahawa dia hanya mampu membuli pasukan lemah. Bagaimanapun Lukaku kini  menjaringan 22 gol dalam semua kejohanan sejak berpindah dari Everton Julai lalu dengan bayaran STG75 juta (RM410.2 juta). "Ia tidak terusk tetapi anda sentiasa boleh perbaiki," kata Lukaku mengenai jaringannya setakat ini. "Saya ingin melakukan yang terbaik untuk pasukan. Pada akhirnya, saya berada di Manchester United dan mahu memenangi trofi. Itu yang penting." Pengurus United Jose...

Mourinho, Conte berdamai

MOURINHO (kiri) sudah berdamai dengan Conte. FOTO/AFP MANCHESTER: Pengurus Manchester United Jose Mourinho percaya adalah penting buat beliau dan rakan sejawatannya di Chelsea Antonio Conte melupakan perbalahan mereka dengan bersalaman sebelum dan selepas perlawanan yang menyaksikan kemenangan United 2-1 semalam. Pertelagahan Mourinho dan Conte mencapai kemuncaknya bulan lalu apabila jurulatih Portugal itu memetik pertuduhan yang dibawa Persekutuan Bolasepak Itali pada 2012 bahawa Conte gagal melaporkan insiden mengatur perlawanan membabitkan kelab lamanya Siena pada musim 2010-11. Conte yang pernah mengendalikan Juventus menerima hukuman awal penggantungan 10 bulan yang kemudiannya dikurangkan kepada empat bulan sebelum kes itu digugurkan pada 2016. Conte membalasnya dengan memanggil Mourinho 'lelaki kerdil' namun kedua-duanya saling tersenyum sebelum perlawanan dan berdakapan selepas itu apabila United bangkit daripada ketinggalan untuk menan...

Gol Lukaku, Lingard julang United

PENYERANG Manchester United, Romelu Lukaku (kanan) meledak gol penyamaan ketika menentang Chelsea pada saingan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, sebentar tadi. - Foto AFP MANCHESTER: Romelu Lukaku memecah kemarau gol terhadap enam pasukan kelompok teratas Liga Perdana Inggeris dan membuat satu umpanan jaringan ketika Manchester United bangkit daripada ketinggalan untuk menundukkan Chelsea 2-1 di Old Trafford, sebentar tadi. Ia adalah kemenangan cukup berharga dan manis buat pengurus United, Jose Mourinho kerana bukan saja berjaya menewaskan bos Chelsea Antonio Conte, malah kembali memintas Liverpool di kedudukan kedua. AKSI Jesse Lingard (dua dari kiri) menjaringkan gol kemenangan ketika menentang Chelsea pada saingan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, sebentar tadi. - Foto Reuters Kekalahan itu ditambah dengan kemenangan Tottenham Hotspur ke atas Crystal Palace menyaksikan Chelsea tergelincir ke tangga kelima. Pelawat menikma...

Lingard julang United

ROMELU Lukaku memecah kemarau gol terhadap enam pasukan kelompok teratas Liga Perdana Inggeris dan membuat satu umpanan jaringan ketika Manchester United bangkit daripada ketinggalan untuk menundukkan Chelsea 2-1 di Old Trafford, sebentar tadi. Ia adalah kemenangan cukup berharga dan manis buat pengurus United, Jose Mourinho kerana bukan saja berjaya menewaskan bos Chelsea Antonio Conte, malah kembali memintas Liverpool di kedudukan kedua. Kekalahan itu ditambah dengan kemenangan Tottenham Hotspur ke atas Crystal Palace menyaksikan Chelsea tergelincir ke tangga kelima. Pelawat menikmati permulaan babak pertama yang cemerlang tetapi gagal melebarkan jurang selepas Willian meletak mereka di depan pada minit ke-32. Kemudian, Chelsea dihampakan oleh bekas penyerang mereka, Lukaku yang menyamakan kedudukan tujuh minit kemudian daripada percubaan jarak dekat. Penyerang Belgium itu kemudiannya membuat gerakan untuk jaringan pemain gantian Jesse Lingard menanduk masuk gol ke...

Lingard, Lukaku angkat Man United ke tangga kedua

Pemain tengah Manchester United Jesse Lingard selepas menjaringkan gol kedua United untuk menewaskan Chelsea 2-1 pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford malam ini. - AFP MANCHESTER 25 Feb. - Gol jaringan Jesse Lingard pada separuh masa kedua memastikan kemenangan 2-1 Manchester United ke atas Chelsea yang terlebih dahulu mendahului melalui jaringan dan Silva Willian sebelum Romelu Lukaku menyamakan kedudukan, kemenangan yang menangkat United ke tangga kedua Liga Perdana Inggeris. Chelsea kelihatan seperti mahu menghukum United di gelanggang sendiri apabila mendahului melalu jaringan Willian pada minit 32, namun United tidak mengambil masa lama untuk bangkit menyamakan kedudukan melalui jaringan Lukaku pada minit 37. Gol Lingard pada minit 75 mengesahkan kebangkitan tuan rumah untuk menghuni tangga kedua liga.

EPL STANDINGS GAME 28

Lukaku mampu kejutkan Chelsea

LUKAKU (kanan) berjaya menjaringkan 21 gol buat United musim ini dalam semua kejohanan, namun masih menjadi mangsa kritikan ekoran persembahan tidak konsisten. MANCHESTER – Pe­ngendali Manchester United, Jose Mourinho mengakui bahawa beliau tidak terlalu resah dengan rekod ja­ringan penggempur utamanya, Romelu Lukaku menjelang pertemuan menentang Chelsea malam ini di Old Trafford. Pemain Belgium itu menja­ringkan 21 gol musim ini selepas melengkapkan perpindahan ke United dari Everton tetapi dia gagal menjaringkan gol dalam 10 penampilan menentang lapan pasukan teratas liga musim ini. Pemain berusia 24 tahun itu berpeluang untuk menamatkan kemarau tersebut pada aksi menentang Chelsea kali ini tetapi Mourinho tidak terlalu memikirkan sama ada pemain itu dapat menjaringkan gol atau terus gagal menamatkan badi tersebut.

Conte, Mourinho lupakan perselisihan, tumpu perlawanan

JOSE MOURINHO (kiri) dan Antonio Conte terpaksa dileraikan oleh pembantu pengadil setelah bertelagah dalam pertemuan mereka sebelum ini. LONDON 24 Feb. – Antonio Conte dan Jose Mourinho enggan berperang mulut menjelang pertemuan hebat di antara Manchester United dan Chelsea di Old Trafford esok. Pengurus The Blues itu sebelum ini sudah beberapa kali bertelagah dengan Mou­rinho sejak tiba di Stamford Bridge pada 2016. Perselisihan mereka bertambah buruk musim ini apabila Mourinho menyifatkan rakan sejawatannya itu tidak perlu ‘berkelakuan seperti badut’ di tepi padang dan Conte kemudian membalas serangan itu dengan mendakwa pengendali United itu mungkin sudah ‘nyanyuk’. Conte kemudian menyifatkan Mourinho sebagai lelaki kerdil ke­rana mengaitkan dirinya dengan insiden mengatur perlawanan sehingga menyebabkan dirinya digantung. Pertelagahan baru-baru ini mencapai kemuncak apabila ke­dua-duanya mengakui saling membenci satu sama lain. Namun Conte tidak mahu me­layan soa...

Conte, Mourinho malas nak layan

LONDON: Antonio Conte dan Jose Mourinho tidak lagi ‘berperang mulut’ menjelang pertemuan hangat membabitkan Manchester United dan Chelsea di Old Trafford. Pengurus Blues Conte beberapa kali bertelagah dengan pengendali United Mourinho sejak tiba di Stamford Bridge pada 2016. Perselisihan itu bertambah buruk musim ini apabila pengurus United itu berkata beliau tidak perlu ‘berkelakuan seperti badut’ di tepi padang, komen yang dianggap ditujukan kepada Conte yang membalasnya dengan mendakwa Mourinho mungkin sudah ‘nyanyuk’. Apabila Mourinho kemudiannya mengaitkan Conte yang pernah digantung kerana mengatur perlawanan, jurulatih kelahiran Itali itu menafikannya dan mengakui dirinya tidak bersalah, malah menyifatkan rakan sejawatnya itu seorang yang ‘palsu’ dan ‘lelaki kerdil’. Pertelagahan baru-baru ini mencapai kemuncak apabila kedua-duanya mengakui saling ‘membenci’ antara satu sama lain. Namun Conte tidak mahu melayan sebarang soalan mengenai hubungannya dengan ...

Malas nak bertekak

MOURINHO (kanan) mahu fokus perlawanan. LONDON: Antonio Conte dan Jose Mourinho tidak lagi 'berperang mulut' menjelang pertemuan hangat membabitkan Manchester United dan Chelsea di Old Trafford. Pengurus Blues Conte beberapa kali bertelagah dengan pengendali United Mourinho sejak tiba di Stamford Bridge pada 2016. Perselisihan itu bertambah buruk musim ini apabila pengurus United itu berkata beliau tidak perlu 'berkelakuan seperti badut' di tepi padang, komen yang dianggap ditujukan kepada Conte yang membalasnya dengan mendakwa Mourinho mungkin sudah 'nyanyuk'. Apabila Mourinho kemudiannya mengaitkan Conte yang pernah digantung kerana mengatur perlawanan, jurulatih kelahiran Itali itu menafikannya dan mengakui dirinya tidak bersalah, malah menyifatkan rakan sejawatnya itu seorang yang 'palsu' dan 'lelaki kerdil'. CONTE tidak mahu layan sebarang soalan mengenai hubungannya dengan Mourinho. FOTO/AFP Pertelagahan baru-bar...

Conte mampu bikin Mourinho gigit jari lagi

SELEPAS berehat hampir dua minggu, saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) kembali lagi minggu ini dengan perlawanan tumpuan sudah pasti terarah kepada aksi Manchester United dan penyandang juara, Chelsea di Old Trafford. Ada yang kata, ia aksi merah lawan biru. Jose Mourinho lawan Antonio Conte. Romelu Lukaku lawan Alvaro Morata. Eden Hazard lawan Alexis Sanchez dan Paul Pogba lawan N'Golo Kante. Apa juga label diberi, ia sememangnya perlawanan dinantikan ramai terutama di kalangan penyokong tegar kedua-dua kelab. Tentunya hebat dan memercikan suasana sengit. Kunjungan The Blues ke gelanggang keramat Red Devils pada jam 10.05 malam waktu Malaysia itu jelas dianggap menjadi perlawanan penting bagi kedua-dua pasukan gergasi EPL ini. Ini kerana selepas prestasi merudum secara dramatik dalam perlawanan lalu, kedudukan dalam kelompok empat terbaik liga kini tergugat sekali gus meletakkan mereka dalam keadaan terhimpit. Baik United atau Chelsea, mereka tiada pilihan lagi kec...

Chelsea yakin kekal momentum

PEMAIN-PEMAIN Chelsea meraikan jaringan Willian ketika mereka menentang Barcelona di Stamford Bridge, London Rabu lalu yang berkesudahan seri 1-1. – Reuters LONDON 23 Feb. - Chelsea kini sedang me­numpukan perhatian terhadap momentum positif mereka menjelang pertembungan dengan Manchester United dalam Liga Perdana Inggeris Ahad ini, kata pertahanan Cesar Azpilicueta. Selepas tewas berturut-turut kepada Watford dan Bournemouth, skuad Blues bangkit semula dengan kemenangan ke atas West Brom, Hull City dalam Piala FA dan seri 1-1 dengan Barcelona di peringkat 16 terakhir pertama Liga Juara-juara. Chelsea kini berada di anak tangga keempat, tiga mata di belakang penghuni tempat kedua United, dalam usaha merebut tempat empat teratas ketika persaingan berbaki 11 perlawanan. “Selepas dua kali tewas beberapa minggu lalu, Chelsea bertindak balas dengan dua kemenangan. “Perlawanan menentang Barcelona juga merupakan satu persembahan menarik daripada Chelsea, hampir sempurna. Aha...

Pertembungan United, Chelsea beri manfaat kepada Reds

JURGEN KLOPP berpeluang melonjakkan pasukannya ke tangga kedua Liga Perdana apabila Liverpool bertemu West Ham hari ini LONDON 23 Feb. – Semua mata bakal tertumpu ke tempat duduk pemain apabila Manchester United dan Chelsea bertembung dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris hujung minggu ini selepas perang mulut antara Jose Mourinho serta Antonio Conte meletus, dengan Liverpool berpeluang memanfaatkan kesempatan tersebut. Dengan salah satu atau kedua-dua pasukan bakal keciciran mata di Old Trafford, skuad bimbingan Jurgen Klopp dilihat berpeluang memanfaatkan situasi itu apabila mereka menanti kunjungan West Ham selepas 10 hari berehat. Liverpool juga masih segar dengan kejayaan membelasah Porto 5-0 dalam aksi timbal balik pertama pusingan 16 terbaik Liga Juara-juara. Conte serta Mourinho berbalas kritikan musim ini, dan kemuncak kepada persengketaan kedua-dua pengurus tersebut apabila mereka mengakui saling membenci antara satu sama lain. Perbalahan tersebut meletu...

Antonio Conte pre-match press conference - Manchester United vs Chelsea

ENGLISH PREMIER LEAGUE GAME 28 MANCHESTER UNITED VS CHELSEA SUNDAY, 25.2.2018 @ 22 :05 OLD TRAFFORD STADIUM

VS ENGLISH PREMIER LEAGUE GAME 28 MANCHESTER UNITED 2-1 CHELSEA ROMELO LUKAKU (39) WILLIAN (32) JESE LIGARD (75) SUNDAY, 25.2.2018 @ 22 :05 OLD TRAFFORD STADIUM