Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2018

'Chelsea? Siapa Chelsea?'

LONDON: Pengurus Tottenham, Mauricio Pochettino tidak kisah dengan deretan kejayaan yang pernah diraih Chelsea tatkala fokusnya tertumpu untuk menang ketika kedua-dua seteru London itu bertemu di Stamford Bridge, esok. Pertembungan Tottenham dan Chelsea sentiasa berlangsung panas tetapi skuad kendalian Pochettino tampak lebih bertenaga pada musim ini apabila menghuni tangga keempat liga dan mempunyai kelebihan lima mata ke atas The Blues. Musim lalu, skuad kendalian Antonio Conte yang berada di tangga kelima jelas pasukan lebih bagus apabila menjuarai Liga Perdana Inggeris serta menewaskan Spurs 4-2 di separuh akhir Piala FA tetapi bagi Pochettino ia perkara yang sudah berlalu. “Sejarah adalah sejarah dan ia tidak akan membantu. Ia langsung tidak dikira,” kata Pochettino dengan skuad kendaliannya ketika ini sudah mengharungi 12 perlawanan liga tanpa tewas sejak Disember lalu. “Saya tidak fikir ia sesuatu yang kami perlu fokuskan. Kami perlu fokus untuk meraih ...

Conte yakin rampas empat teratas EPL

CONTE mahu anak buah pamer aksi terbaik menentang Spurs. FOTO/AFP LONDON: Chelsea yang menanti kunjungan Tottenham, esok bertekad untuk meneruskan kemarau 28 tahun pelawat bagi meraih kemenangan liga di Stamford Bridge selain menghidupkan peluang The Blues ke kancah Liga Juara-Juara, musim depan. Juara Inggeris itu ketika ini ketinggalan lima mata di belakang Tottenham yang menghuni tangga keempat Liga Perdana Inggeris (EPL) yang menjadi tiket terakhir ke saingan elit Eropah itu berbaki lapan perlawanan musim ini. Terlepas tempat di tangga empat terbaik jelas akan meningkatkan tekanan membabitkan masa depan pengurus, Antonio Conte di Stamford Bridge tatkala timbul spekulasi yang mengatakan hubungannya dengan pemilik, Roman Abramovich tidak begitu baik. Begitupun, Conte kekal yakin pasukan bimbingannya mampu menebus kehampaan dan meraih kembali mata yang hilang disebabkan oleh empat kekalahan daripada enam perlawanan terakhir liga dengan keme...

Pochettino tak ambil pusing rekod Chelsea

POCHETTINO tidak kisah dengan rekod baik Chelsea. FOTO/AFP LONDON: Pengurus Tottenham, Mauricio Pochettino tidak kisah dengan deretan kejayaan yang pernah diraih Chelsea tatkala fokusnya tertumpu untuk menang ketika kedua-dua seteru London itu bertemu di Stamford Bridge, esok. Pertembungan Tottenham dan Chelsea sentiasa berlangsung panas tetapi skuad kendalian Pochettino tampak lebih bertenaga pada musim ini apabila menghuni tangga keempat liga dan mempunyai kelebihan lima mata ke atas The Blues. Musim lalu, skuad kendalian Antonio Conte yang berada di tangga kelima jelas pasukan lebih bagus apabila menjuarai Liga Perdana Inggeris serta menewaskan Spurs 4-2 di separuh akhir Piala FA tetapi bagi Pochettino ia perkara yang sudah berlalu. "Sejarah adalah sejarah dan ia tidak akan membantu. Ia langsung tidak dikira," kata Pochettino dengan skuad kendaliannya ketika ini sudah mengharungi 12 perlawanan liga tanpa tewas sejak Disember lalu. "Saya tid...

Conte tetap yakin anak buah benam Spurs

CONTE mahu anak buah rebut kembali empat teratas EPL. FOTO/AFP LONDON: Chelsea yang menanti kunjungan Tottenham, esok bertekad untuk meneruskan kemarau 28 tahun pelawat bagi meraih kemenangan liga di Stamford Bridge selain menghidupkan peluang The Blues ke kancah Liga Juara-Juara, musim depan. Juara Inggeris itu ketika ini ketinggalan lima mata di belakang Tottenham yang menghuni tangga keempat Liga Perdana Inggeris (EPL) yang menjadi tiket terakhir ke saingan elit Eropah itu berbaki lapan perlawanan musim ini. Terlepas tempat di tangga empat terbaik jelas akan meningkatkan tekanan membabitkan masa depan pengurus, Antonio Conte di Stamford Bridge tatkala timbul spekulasi yang mengatakan hubungannya dengan pemilik, Roman Abramovich tidak begitu baik. Begitupun, Conte kekal yakin pasukan bimbingannya mampu menebus kehampaan dan meraih kembali mata yang hilang disebabkan oleh empat kekalahan daripada enam perlawanan terakhir liga dengan kemenangan ke atas Spurs. ...

Antonio Conte Full Pre-Match Press Conference - Chelsea v Tottenham - Premier League

ENGLISH PREMIER LEAGUE GAME 31 CHELSEA VS TOTTENHAM HOTSPURS SUNDAY, 1.4.2018 @ 23 : 00 STAMFORD BRIDGE STADIUM

VS ENGLISH PREMIER LEAGUE GAME 31 CHELSEA 1-3 TOTTENHAM HOTSPURS ALVARO MORATA (30) CHRISTIAN ERIKSEN (45) DELE ALLI (62) (66) SUNDAY, 1.4.2018 @ 23 : 00  STAMFORD BRIDGE STADIUM

Conte bimbang kehilangan dua pemain

CONTE bimbang ketiadaan Christensen akan melemahkan barisan pertahanan Chelsea. FOTO/AFP LONDON: Pengurus Chelsea, Antonio Conte kini gusar terhadap kecergasan penjaga golnya, Thibaut Courtois dan pertahanan, Andreas Christensen menjelang perlawanan penting bertemu Tottenham. Courtois tidak menyertai perlawanan antarabangsa bersama Belgium kerana masalah kecederaan hamstring, sementara pertahanan, Christensen dihantar pulang Denmark selepas berdepan kecederaan otot. Kedua-dua pemain itu dikhuatiri tidak akan menyertai perlawanan Ahad ini di Stamford Brige di mana kekalahan akan menyebabkan Chelsea terlepas peluang menyertai Liga Juara-Juara. COURTOIS alami masalah kecergasan. FOTO/AFP "Kami mempunyai dua masalah besar iaitu Courtois dan Christensen dan kami perlu memeriksa sama ada kemungkinan mereka dapat bermain dan kemudian bermain dengan baik," kata Conte. "Perkara paling penting adalah boleh bermain tetapi dalam masa yang sama berada dalam ke...

Status dua pemain 'hantui' Conte

LONDON: Pengurus Chelsea, Antonio Conte kini gusar terhadap kecergasan penjaga golnya, Thibaut Courtois dan pertahanan, Andreas Christensen menjelang perlawanan penting bertemu Tottenham. Courtois tidak menyertai perlawanan antarabangsa bersama Belgium kerana masalah kecederaan hamstring, sementara pertahanan, Christensen dihantar pulang Denmark selepas berdepan kecederaan otot. Kedua-dua pemain itu dikhuatiri tidak akan menyertai perlawanan Ahad ini di Stamford Brige di mana kekalahan akan menyebabkan Chelsea terlepas peluang menyertai Liga Juara-Juara. “Kami mempunyai dua masalah besar iaitu Courtois dan Christensen dan kami perlu memeriksa sama ada kemungkinan mereka dapat bermain dan kemudian bermain dengan baik,” kata Conte CONTE bimbang ketiadaan Christensen akan melemahkan barisan pertahanan Chelsea. FOTO/AFP “Perkara paling penting adalah boleh bermain tetapi dalam masa yang sama berada dalam keadaan fizikal yang baik untuk perlawanan itu. Jika tidak saya ...

Moura yakin atasi Chelsea

LONDON: Persembahan menakjubkan Tottenham Hotspur ketika bertemu lawan lebih ternama musim ini memberi sinar buat pasukan itu untuk meraih kemenangan ke atas Chelsea Ahad ini, menurut pemain sayap Lucas Moura. Tottenham tidak pernah menewaskan Chelsea dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge sejak 1990 yang menyaksikan Gary Lineker menyumbat gol kemenangan 2-1. Anak buah Mauricio Pochettino mahu menamatkan rekod buruk ke atas jiran tetangganya itu dan Lucas percaya kemenangan ke atas seteru lain serta aksi memberangsangkan ketika bertemu Juventus di Liga Juara-Juara meningkatkan lagi keyakinan mereka. “Kami beraksi begitu baik tahun ini. Kami memperagakan persembahan hebat ketika bertemu Manchester United, Arsenal dan Juventus. “Saya begitu yakin kami akan dapat meneruskan prestasi ini ketika bertemu Chelsea,” kata Moura menerusi laman web pasukan itu. “Ini perlawanan besar dan saya tidak sabar menantikannya. Saya begitu teruja dan berharap saya diberi peluang...

Moura yakin benam Chelsea

MOURA yakin dengan kemampuan Spurs untuk menewaskan Chelsea. -Foto Agensi LONDON: Persembahan menakjubkan Tottenham Hotspur ketika bertemu lawan lebih ternama musim ini memberi sinar buat pasukan itu untuk meraih kemenangan ke atas Chelsea Ahad ini, menurut pemain sayap Lucas Moura. Tottenham tidak pernah menewaskan Chelsea dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge sejak 1990 yang menyaksikan Gary Lineker menyumbat gol kemenangan 2-1. Anak buah Mauricio Pochettino mahu menamatkan rekod buruk ke atas jiran tetangganya itu dan Lucas percaya kemenangan ke atas seteru lain serta aksi memberangsangkan ketika bertemu Juventus di Liga Juara-Juara meningkatkan lagi keyakinan mereka. "Kami beraksi begitu baik tahun ini. Kami memperagakan persembahan hebat ketika bertemu Manchester United, Arsenal dan Juventus. "Saya begitu yakin kami akan dapat meneruskan prestasi ini ketika bertemu Chelsea," kata Moura menerusi laman web pasukan itu. "Ini perlawa...

Misi wajib menang Chelsea

MANCHESTER: Chelsea tahu mereka wajib menewaskan pesaing London, Tottenham Hotspur pada aksi Ahad ini bagi memastikan peluang realistik ke Kelayakan Liga Juara-Juara dan pencapaian sebelum ini mampu menjadi pembakar semangat mereka. Spurs yang berada di tangga keempat kini lima mata di depan Chelsea dengan tujuh lagi baki perlawanan. Kemenangan ke atas Chelsea mengukuhkan lagi cengkaman anak buah Mauricio Pochettino s merebut slot terakhir ke liga elit Eropah itu. Bagaimanapun, rekod buruk Spurs di Stamford Bridge sejak kebelakangan ini wajar dimanfaatkan skuad Antonio Conte. Spurs tidak pernah menang dalam aksi liga di Stamford Bridge sejak 1990 yang ketika itu dibarisi bekas pemain England, Paul Gascoigne dan Gary Lineker. Penyokong Spurs juga tidak dapat melupakan episod duka pada 2016 di Stamford Bridge apabila seri 2-2 dengan Chelsea walaupun mendahului 2-0 sekali gus juara Liga Perdana menjadi milik Leicester City. Eden Hazard yang menjaringkan gol penyamaan ketika...

Rekod baik sandaran Chelsea

CHELSEA perlu menang jika mahu terus hidup peluang ke Liga Juara-Juara. -Foto Agensi MANCHESTER: Chelsea tahu mereka wajib menewaskan pesaing London, Tottenham Hotspur pada aksi Ahad ini bagi memastikan peluang realistik ke Kelayakan Liga Juara-Juara dan pencapaian sebelum ini mampu menjadi pembakar semangat mereka. Spurs yang berada di tangga keempat kini lima mata di depan Chelsea dengan tujuh lagi baki perlawanan. Kemenangan ke atas Chelsea mengukuhkan lagi cengkaman anak buah Mauricio Pochettino s merebut slot terakhir ke liga elit Eropah itu. Bagaimanapun, rekod buruk Spurs di Stamford Bridge sejak kebelakangan ini wajar dimanfaatkan skuad Antonio Conte. Spurs tidak pernah menang dalam aksi liga di Stamford Bridge sejak 1990 yang ketika itu dibarisi bekas pemain England, Paul Gascoigne dan Gary Lineker. Penyokong Spurs juga tidak dapat melupakan episod duka pada 2016 di Stamford Bridge apabila seri 2-2 dengan Chelsea walaupun mendahului 2-0 sekali gus juara Liga P...

Pedro pastikan Chelsea mara ke separuh akhir

PEMAIN Chelsea, Pedro (kanan) menanduk masuk gol kemenangan pasukannya dalam perlawanan suku akhir Piala FA menentang Leicester City di Stadium King Power, Leicester, semalam. REUTERS LONDON 19 Mac - Gol oleh pemain gantian Pedro membolehkan Chelsea me­langkah ke separuh akhir Piala FA selepas menumpaskan Leicester City 2-1 selepas masa tambahan. Pedro yang dimasukkan pada minit ke-92 bagi menggantikan Willian menjadi penyelamat buat Chelsea apabila tandukannya pada masa tambahan memboleh­kan Blues meraih kemenangan. Pengurus Chelsea, Antonio Conte berkata, dia amat bangga dengan pencapaian semua pemainnya yang telah mempamerkan kebangkitan selepas tersingkir daripada Liga Juara-juara. “Ini adalah perlawanan yang cukup mencabar buat kami dan semua pemain sedar mengenainya. “Kami harus bangga dengan pencapaian hari ini kerana semua pemain telah mempamerkan komitmen masing-masing bagi mendapatkan kemenangan. “Saya juga dapat melihat persembahan bagus dalam kala­ng...

United jumpa Spurs, Chelsea lawan Saints

MANCHESTER United dan Tottenham akan bertembung pada separuh akhir Piala FA Inggeris yang dijangka menarik, manakala kelab bermasalah Chelsea berdepan Southampton pada satu lagi perlawanan di Wembley. Terdesak untuk memenangi trofi sekali gus menyelamatkan kempen mengecewakan, United layak ke separuh akhir dengan kemenangan 2-0 ke atas Brighton di Old Trafford, kelmarin. Tottenham menang 3-0 di Swansea untuk menempah penampilan kedua berturut-turut pada separuh akhir. Chelsea, yang tewas kepada Arsenal pada final Mei lalu, mengintai peluang kembali ke perlawanan penentuan selepas menang 2-1 di Leicester City, awal pagi tadi. Alvaro Morata menamatkan kemarau gol peribadi sejak 26 Disember lalu apabila penyerang Sepanyol itu meletakkan Chelsea di depan dengan penyudah sempurna pada minit ke-42. Penyerang Leicester, Jamie Vardy menampan masuk dari jarak dekat pada minit ke-75 untuk memaksa perlawanan suku akhir itu berlanjutan ke masa tambahan. Namun penyerang Sepany...

Leicester vs Chelsea 1-2 - All Goals & Extended Highlights - FA Cup 18/03/2018 HD

Claude Puel Full Pre-Match Press Conference - Leicester v Chelsea - FA Cup

Leicester 1-2 Chelsea - Antonio Conte Full Post Match Press Conference - FA Cup

ENGLISH PREMIER LEAGUE STANDINGS (GAME 31/30)

Chelsea pasang impian besar

CHELSEA mempunyai peluang meraih sekurang-kurangnya satu piala musim ini apabila mereka bakal berdepan Leicester pada aksi suku akhir Piala FA awal pagi esok. LONDON – Pengurus Chelsea, Antonio Conte melaungkan amaran bahawa pasukannya akan bermati-matian untuk memastikan mereka memenangi trofi Piala FA dan layak beraksi di Liga Juara-Juara musim depan. Bekas juara Liga Perdana England musim lalu itu tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara musim ini selepas tewas kepada Barcelona Rabu lalu. Chelsea yang menduduki tangga kelima liga ketika ini ketinggalan empat mata di belakang Liverpool dan bakal berdepan Leicester City pada aksi suku akhir Piala FA awal pagi esok. Menurut Conte, misi mereka ketika ini adalah untuk mendapatkan dua sasaran tersebut. “Saya fikir kesemua trofi amat penting buat kami. Kami memulakan musim de­ngan meletakkan sasaran untuk berjuang dalam semua kejohanan yang di­sertai. “Pada aksi Piala Liga England, kami berjaya mara ke separuh ...

Chelsea lebih tertekan - Puel

PUEL (kiri) percaya skuad kendalian Conte lebih tekanan untuk memenangi aksi suku akhir Piala FA. -Foto Reuters LONDON: Bos Leicester, Claude Puel percaya Chelsea lebih tertekan berbanding skuad kendaliannya menjelang pertarungan suku akhir Piala FA, awal pagi Isnin ini. Selepas tersingkir dalam saingan Liga Juara-Juara kepada Barcelona, minggu ini, Piala FA menjadi satu-satunya trofi yang secara realistik berpeluang dijulang skuad kendalian Antonio Conte. Kali terakhir Leicester berada di suku akhir Piala FA pada 2012 tetapi mereka disingkirkan Chelsea yang menjadi juara ketika itu tetapi Puel merumuskan perlawanan kali ini tidak memberi tekanan kepada skuad kendaliannya. "Benar, tekanan kepada Chelsea," kata Puel. "Ia adalah peluang terakhir untuk mereka memenangi trofi pada musim ini. "Saya fikir ia perlawanan yang biasa untuk kami. Pemain menunggu perlawanan seperti ini dengan keinginan dan tanpa tekanan kerana pasukan ini (Ch...

Conte janji Blues bertarung hingga ke penamat

ANTONIO CONTE LONDON: Antonio Conte menegaskan Chelsea akan 'bertarung sehingga penamat' untuk menjulang trofi Piala FA selain layak ke kancah Liga Juara-Juara musim depan. Perjalanan juara Liga Perdana Inggeris itu dalam saingan elit Eropah itu berakhir pada peringkat 16 terbaik musim ini selepas tewas secara agregat 1-4 kepada Barcelona, kelmarin serta tersekat di separuh akhir Piala Liga. The Blues yang menghuni tangga kelima liga dan ketinggalan empat mata di belakang Liverpool di tangga keempat dijadual bertemu Leicester City pada aksi suku akhir Piala FA, awal pagi Isnin dan Conte menegaskan skuad kendaliannya perlu mencapai kedua-dua sasaran berkenaan. "Saya fikir semua trofi penting untuk kami," kata pengendali dari Itali itu. "Kami memulakan musim ini untuk cuba bertarung sehingga penghujung dalam semua kejohanan. "Dalam saingan Piala Liga, kami mara ke separuh akhir dan Liga Juara-Juara di peringkat 16 terakhir. Kini suku akhir Pial...

Antonio Conte Full Pre-Match Press Conference - Leicester v Chelsea - FA Cup

FA CUP QUARTERFINAL ROUND STAGE LEICESTER CITY VS CHELSEA MONDAY, 19.3.2018 @ 00 : 30 KING OF POWER STADIUM, LEICESTER CITY, UNITED KINGDOM

  VS FA CUP QUARTERFINAL ROUND STAGE (AET) LEICESTER CITY 1-2 CHELSEA JAMIE VERDY (76) ALVARO MORATA (42) PEDRO (105) MONDAY, 19.3.2018 @ 00 : 30 KING OF POWER STADIUM, LEICESTER CITY, UNITED KINGDOM

'King' tak mungkin tinggal Barca

BARCELONA: Antonio Conte berkata beliau percaya Lionel Messi akan setia bersama Barcelona sepanjang kariernya selepas bintang Argentina itu meranapkan harapan Chelsea dalam kempen Liga Juara-Juara, awal pagi tadi. Messi, 30, meledak dua gol dan mencipta satu umpanan bagi jaringan Ousmane Dembele ketika gergasi Catalan itu menewaskan Chelsea 3-0 di Nou Camp untuk mara dengan agregat 4-1. Dua jaringan itu menyaksikan Messi menambah jumlah jaringannya dalam kempen Liga Juara-Juara kepada 100 gol dengan gol pertama yang disumbat selepas 129 saat perlawanan berlangsung adalah terpantas sepanjang kariernya. Messi kerap dikaitkan dengan perpindahan membabitkan jumlah cukup lumayan ke kelab di Liga Perdana Inggeris tetapi Conte yakin penyerang itu akan menggantung but di Barcelona. Barcelona. “Saya fikir Leo mahu kekal sehingga penghujung kariernya dengan Barcelona,” kata Conte. “Kita bercakap mengenai situasi yang mustahil. Saya ulangi: Kita perlu menghormati pemain ini. ...

Barca, Messi hukum Chelsea

MESSI diraikan penyokong Barca. FOTO/AFP BARCELONA: Barcelona melabel Lionel Messi sebagai 'Raja' ketika pemain bintang itu menghadiahkan hukuman cukup memeritkan buat Chelsea dengan meledak dua gol untuk memberi gergasi Catalan itu kemenangan 3-0 dan mara ke suku akhir Liga Juara-Juara, awal pagi tadi. Dua gol yang dijaringkan Messi juga menyaksikan pemain kelahiran Argentina itu kini sudah mengumpul 100 gol di pentas Liga Juara-Juara dan membawa kelabnya ke peringkat lapan terbaik menerusi agregat 4-1. Selepas terikat 1-1 pada aksi pertama di London, bulan lalu, kain rentang dengan tulisan 'Tuhan Selamatkan Raja' dikibarkan peminat Barca dan mereka tidak perlu menunggu lama untuk bergembira. PEMAIN Chelsea hampa selepas tewas kepada Barca. FOTO/AFP Gol yang dicari tuan rumah muncul selepas 129 saat permainan bermula di Nou Camp menerusi Messi dengan pemain-pemain Chelsea ketika itu belum sempat untuk melakukan hantaran. Dia kemudian bergandin...

Messi catat jaringan ke-100 ketika Barcelona belasah Chelsea

Lionel Messi selepas menjaringkan gol ke-100 dalam kempen Liga Juara-Juara Eropah dan seterusnya membantu Barcelona membelesah Chelsea dengan agregat 4-1 di Nou Camp awal pagi tadi. - AFP BARCELONA 15 Mac - Lionel Messi dijulang sebagai `raja' oleh Barcelonan apabila dua gol jaringannya membantu pasukan Catalan itu membalasah Chelsea sekali gus mencatat gol yang ke-100 untuknya dalam kejohanan Liga Juara-Juara Eropah. Selepas merentangkan kain rentang bertulis `Tuhan Selamatkan Raja' sebelum sepak mula, peminat-peminat Barcelona terus meraikan gol ketika permainan baru 129 saat bermula. Ketika gol itu dijaringkan Chelsea belum sempat membuat hantaran pun. Messi kemudiannya mengumpan bola kepada Ousmane Dembela untuk gol kedua Barcelona pada perlawanan kedua pusingan 16 terbaik di Nou Camp awal pagi tadi. Pemain Argentina itu menjaringkan satu lagi gol untuk jaringannya yang ke-100 melaui 123 penampilan dalam Liga Juara-Juara seterusnya membantu pasukannya me...